DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, April 12, 2016

PUTU TEPUNG ATTA



PUTU TEPUNG ATTA

250 gm tepung atta

Air atau pun santan secukup nya

Gula perang

60-100 gm Kelapa parut putih

2-3 helai daun pandan,jika suka

Garam secukup rasa

1.    Tepung atta di goreng tanpa minyak hingga naik wangi.

2.    Sejukkan. Campur garam dalam air atau pun santan.

3.    Renjiskan (sprinkle) sedikit air atau pun santan sedikit demi sedikit dalam tepung dan ramas(rub in).

4.    Hingga menjadi adunan yang lembab dan berderai bukan doh

5.    Panaskan air dalam pengukus dan bila sudah mendidh.Lapiskan dulang pengukus dengan kain dan masuk adunan tepung tadi dan daun pandan kukus selama 10 minit.

6.    Keluarkan dan sejukan,renjiskan lagi dengan santan atau pun air biar lembab semula. Campurkan kelapa parut. Dan kukus sekali lagi.

7.    Keluarkan dan campur dengan gula perang secukup rasa. Hidangkan dengan teh atau pun kopi.

Nota: Jika ada periuk buat putu macam saya ini guna untuk kukus kali yang kedua nya sahaja. Tepung atta yang saya pakai ini tepung tulen saya pergi kisar biji gandum dikedai tempat orang kisar beras (Mill). Bila kita pakai tepung tulen lebih wangi tepung nya. Kena pandai ramas tepung tu pasal putu ini kena berderai.