DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, May 15, 2016

KARI TEMPEH



KARI TEMPEH

250 gm tempeh,di potong cube dan goreng,ketepikan

300 gm ubi kentang,dipotong 4

150 gm kacang panjang,potong 3cm panjang

150 gm tomato,dibelah 4

3 s/m serbuk kari daging

4 cawan santan cair

1 cawan pekat

Garam,gula dan perasa seckup nya

Bahan kisar

10 tangkai chilie kering,buang biji dan rendam

5 batang serai,dicencang

3cm lengkuas,dicencang

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2cm halia

1 s/t serbuk chilie

Bahan tumis

4 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 batang kayu manis

2 tangkai daun kari

¼ cawan minyak

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik wangi dan masuk bahan kisar dan serbuk kari dan kacau rata tumis hingga naik minyak.

2.    Masukkan ubi dan tomato kacau dan tuangkan santan cair dan kacau rata dan biarkan sampai mendidih. Bila ubi sudah masak masukkan tempeh dan kacang panjang kacau rata dan tuangkan santan pekat.

3.    Biarkan mendidih dan bila kacang sudah ½ masak masukkan garam,gula dan perasa kacau dan tutup api. Hidangkan dengan nasi.

Nota: Kari ini lebih sedap jika di campurkan dengan udang atau pun ikan bilis.  




3 comments:

Nooriah Abdullah said...

terimakasih chef dah ada resepi lengkap utk kari tempeh ni
dah cukup bahan mesti nak buat
tak sabar rasa nya nak mencuba

Thyaga Rajan said...


Thank you Nooriah boleh try campur udang sedap

Nooriah Abdullah said...

ya chef udang senang pulak dpt kat nottingham ni
cuma tempe tu belum lagi terjumpa..
soon lah akan cuba resepi ni chef