DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, May 10, 2016

SAMBAL TEMPEH IKAN BILIS



SAMBAL TEMPEH IKAN BILIS

300 gm tempeh,dipotong cube dan goreng garing.

50 gm ikan bilis,ditumbuk kasar

100 gm petai,dipotong dua

2 biji bawang besar,dipotong besar

2-3 s/m minyak

Jus asam java atau jus limau nipis secukup rasa

Garam,gula dan perasa secukup nya.

Di-kisar kasar

1 biji bawang besar

10 tangkai chilie padi,atau secukup rasa sendiri

4 ulas bawang putih

½ inci belacan

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak.

2.    Masukkan ikan bilis dengan sedikit air tumis hingga naik minyak.

3.    Masuk tempeh dan kacau rata. Masuk garam,gula dan perasa.

4.    Last sekali masuk petai dan bawang besar kacau rata dan angkat. Saya tak suka petai masak sangat.





No comments: