DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, April 19, 2018

RASAM TULANG IKAN MASIN



RASAM TULANG IKAN MASIN

200 gm tulang ikan,direndam 1 jam dan toskan.

200m gm buah tomato,dicincang

Asam java secukup rasa,diramas dengan I cawan air.

4 cawan air

6 ulas bawang putih,ditumbuk

1 biji bawang besar,dihiris halus

Segenggam daun ketumbar

¼ s/t serbuk kunyit

¼ s/t serbuk asafetida

1 s/t biji sawi

2 tangkai daun kari

1 cube ikan bilis,jika suka

2 s/m minyak

Sangai dan kisar kasar:

1 s/t lada hitam

1 s/t jintan putih

1 s/m biji ketumbar

2 tangkai chilie kering

1.    Panaskan minyak dan tumis biji sawi,bawang and daun kari hingga bawang menjadi sedikit perang.

2.    Masukkan tomato dan kacau rata dan masuk serbuk kunyit dan serbuk asafetida kacau rata.

3.    Masukkan tulang dan kacau rata dan tuangkan air asam dan air.

4.    Masukkan serbuk kisar dan kacau rata dan biarkan sampai mendidih. Rasa dulu sebelum masak garam. Taburkan daun ketumbar dan tutup api.
  



1 comment:

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر