DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, May 30, 2018

AYAM MASAK MERAH



AYAM MASAK MERAH

1.2 kg ayam,dipotong dan di gaul dengan sedikit serbuk kunyit ,serbuk chilie dan garam perap selama 2 jam. Goreng tapi jangan garing nanti keras isi ayam. Ketepikan.

300 gm ubi kentang,buang kulit potong cube dan goreng ketepikan*

1 tin kecil kacang peas,toskan *

2 biji bawang Holland,dipotong besar*

½ cawan sos tomato

½ cawan sos chilie

1 cube stock ayam

1 s/t serbuk garam masala

Garam secukup rasa

Minyak secukup nya untuk tumis

Bahan kisar:

10 tangkai chilie kering, saya pakai chilie Kashmir

150 gm bawang besar

30 gm bawang putih

30 gm halia

30 gm serai

1.    Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.

2.    Masukkan serbuk garam masala dan stock ayam kacau rata.

3.    Tuangkan sos tomato dan sos chilie kacau rata masuk 2 cawan air dan biarkan mendidh dan naik minyak.

4.    Masuk ayam dan gaul rata masak lagi sebentar.

5.    Masuk bawang dan ubi kacau rata dan masak hingga bawang layu last masuk kacang peas. Kacau rata bila dah sebati semua nya tutup api.

Nota: *jika tak suka tak payah masuk.





No comments: