DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, July 18, 2018

THANNI SAARU DAUN GETI



THANNI SAARU DAUN GETI

½ cawan kacang dhal,direndam 4 jam

5 ulas bawang putih,dipotong

1 s/t jintan putih

21/2 cawan air

Campurkan semua bahan2 di atas dan masak hingga kacang dhal betul2 empuk. Saya masak guna pressure cooker jadi air 21/2 cawan tu cukup kalau nak rebus tambah lagi air.

150 gm daun geti

150 gm tomato, dicincang

60 gm bawang,di hiris halus

4 tangkai chilie kering,dipotong

10 gm ikan bilis

½ s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk jintan putih

½ s/m gula

Garam secukup rasa

3 ½ cawan santan cair

1 s/t biji sawi

1 s/t jintan putih

5-6 s/m minyak

1.    Panaskan minyak bila minyak sudah cukup panas masuk biji sawi dan jintan putih. Masuk bawang dan chilie kering tumis hingga bawang menjadi sedikit perang.

2.    Masukkan ikan bilis dan tomato kacau rata dan masuk serbuk jintan dan serbuk kunyit masak hingga naik minyak.

3.    Masukkan dhal,santan gula dan garam kacau rata dan biarkan  mendidih 5 mint. Masukkan daun geti dan kacau rata dan tutup api. Masakan ini kena cair sedikit. Hidangkan dengan nasi bersama ikan goreng,sambal ikan bilis dan sambal belacan.
 Nota: daun geti boleh diganti dengan daun cekur manis.







No comments: