DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, August 8, 2018

ODEH2 UBI KAYU


ODEH2 UBI KAYU

300 gm ubi kayu siap di kisar*, buang urat di tengah dan potong kecil2 dan blend dengan sedikit air. Tapis dan ramas sikit biar keluar air nya. Ketepikan air nya selama 1 jam buang air jernin dan ambil pati nya dan campur sekali dengan ubi tadi.

100 gm tepung pulut,atau secukup nya

Gula Melaka,dipotong kecil2

Kelapa parut putih di gaul dengan garam.

Warna hijau,jika suka

1.    Masuk ubi yang dikisar dalam mangkuk dan masuk tepung pulut sedikit demi sedikit and gaul menjadi doh campur kan warna jika suka.

2.    Kemudian buat bebola kecil,masukkan potongan gula Melaka ditengah2 nya tutup dengan kemas dan golekkan supaya menjadi bola.

3.    Jerang air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bebalo tadi kedalam air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung.
4.    Golek2kan diatas parutan kelapa.





No comments: