DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, April 20, 2012

BUNGA KUBIS GORENG

KUBIS BUNGA GORENG

Bunga kubis secukup-nya,potong besar

Bahan2 batter
120gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit serbuk lada hitam
Garam gula secukup rasa
150ml air atau secukup nya

Minyak untuk goreng

1. Bancuh bahan2 batter hingga sebati
2. Panaskan minyak dan bila sudah panas. Celup bunga kubis dan goreng hingga garing. Toskan atas kertas. Hidangkan panas2 dengan sos chilli.

NOTA: Kalau nak sedap lagi masukkan 1/2 sudu teh serbuk chicken stock. Tapi saya tak guna.



No comments: