Thursday, June 14, 2012

UPPUMA BIHUN

UPPUMA BIHUN


100gm bihun,masuk dalam air panas dan biar sampai lembut (saya pakai bihun cap gajah) dan di-tuskan


Bahan tumis(A)

1 biji bawang besar,hiris

1-2 tangkai chili hijau atau merah,potong ( kalau nak pedas tambah lagi)

1 tangkai daun kari

1 sudu teh biji sawi

1 sudu teh ulutham parupu

                 * **

Secubit asafoetida,jika ada

Secubit kunyit

Jus limau nipis secukup rasa

Garam secukup rasa

1/2 cawan air

2-3 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak dan tumis  A hingga wangi dan bila bawang menjadi perang, tuangkan air dan masukkan jus,asafoetida dan garam kacau rata dan suaikan rasa. Biar mendidih.

2. Masukkan bihun dan kacau hingga bihun masak,masukan sedikit air jika perlu. Hidangkan.
..





No comments: