DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, July 12, 2012

NASI ASAM JAVA

NASI ASAM JAVA

500gm nasi,sejuk

200gm kacang tanah,digoreng dan ketepikkan.

50gm asam java,diperah dengan 125ml air dan ditapis.

1/2  sudu teh asafoetida,jika ada

1/2 sudu serbuk kunyit

1 sudu teh gula

Garam secukup rasa

Bahan tumis (A)

3-4  tangkai chili kering,potong

1/2 sudu besar teh kadalai parupu

1/2 sudu  besar biji sawi

1/2  sudu besar ulutham parupu

1/2 sudu besar halba

2-3 tangkai daun kari

1/4 cawan minyak bijan india,jika tak ada boleh guna minyak biasa.


1. Panaskan minyak dan masuk A dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan air asam java , serbuk kunyit,asafoetida,garam dan gula kacau rata dan masak hingga naik minyak.

3. Tuangkan ke dalam nasi sejuk dan campurkan dengan kacang gaul rata. Biarkan selama 1 jam baru di-hidangkan dengan sambal ikan bilis.
..








No comments: