DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, August 16, 2012

KEK LABU CHEESE FROSTING

KEK LABU CHEESE FROSTING

(A)
150gm tepung naik sendiri

150gm gula perang

11/2 sudu teh serbuk mix spices

1 sudu teh bicarbonate of soda

100gm kismis

1/4 sudu teh garam

      ***

2 biji telur,pukul

100gm mentega,cair

1/2 biji kulit limau parut

1/2 sudu besar jus limau

250gm labu parut

1. Campur A ke-dalam mangkuk besar,pukul telur,mentega dan campur dengan jus orange dan parutan limau.

2. Tuang ke dalam bahan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan labu dan kacau hingga rata.

3. Tuangkan ke dalam tin 19cm yang  di-sapu dengan minyak. Bakar pada suhu 180c sehingga masak. Sejukan.

Cheese frosting

150gm cheese

50gm mentega,lembutkan

60gm gula icing,ayak

Parutan 1/2 biji limau

1. Pukul semua bahan sampai lembut dan licin.

2. Sapu atas kek  dan tabur dengan parutan labu dan buah cerry hijau.
..





No comments: