DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, August 3, 2013

NASI BIRYANI AYAM 2


NASI BIRYANI AYAM



1 kg ayam,
Buang kulit dan potong kecil

4 cawan beras basmathi
Saya guna beras basmathi ekstra panjang jasmine. Rendam 1 jam dan dituskan.

2 biji tomato masak,
di-cencang

1 cawan pudina, di cencang kasar

1 cawan daun ketumbar,di cencang kasar

5 cawan air rebusan tulang ayam. Atau air

1 cawan susu sejat

2 cube stock ayam

1 sudu teh the serbuk Tok Mak

250 gm sayur campur dalam packet.jika perlu


Garam secukup rasa

Kisar

5 tangkai chili hijau

4 cm halia

10 ulas  ulas bawang putih


2 sudu makan kelapa parut

Bahan tumis

5-6 sudu besar minyak sapi

5 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

2 batang kayu kulit manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji bawang besar,hiris halus

50 gm gajus

50 gm kismis


1. Panaskan minyak sapi dan tumis buah pelage,kayu kulit manis,bunga lawing,bunga cengkih sampai Wangi.Dalam periuk rice cooker yang diletak atas api.


2. Masukkan bawang dan tumis hingga menjadi perang. Masukkan gajus dan kimis kacau rata. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga hilang bau bawang putih.

3. Masukkan tomato,cube ayam,serbuk tok mak dan ayam kacau rata. Masukkan beras,air,susu,sayur campur,daun pudina,daun ketumbur dan garam secukup nya. Kacau rata.

4. Masukan balik periuk cooker ke dalam bekas nya dan "on" cooker dan masak hingga nasi masak.











 





 




1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian resepi ini.