DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, September 11, 2014

MEE SANGGUL BOLOGNAISE



MEE SANGGAL BOLOGNAISE

Mee sanggal,secukup nya,rebus hingga
lembut dan tuskan.

200 gm daging ayam kisar

3 ulas bawang besar,dipotong dadu

4 ulas bawang putih,tumbuk kasar

300 gm tomato.dicelur,buang kulit di potong dadu

100 gm tomato puri

500 ml air panas di campur dengan cube ayam

25 gm tepung jagung,dibancuh dengan air.

60 gm cendawan butang,dihiris

1 tangkai daun kari,dimayang halus

1 s/t serbuk garam masala

1 s/m serbuk kari daging

1 s/t serbuk cili


2 s/m pes halia
 
50 gm minyak sapi + 2 s/m minyak

Garam secukup rasa

Parmesan cheese,untuk di tabur

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bawang hingga kuning. Masukkan bawang putin,pes halia  dan daun kari tumis hingga hilang bau halia.

2. Masukkan daging ayam dan goreng sebentar, masukkan serbuk garam masala,serbuk kari dan serbuk cili tumis dan sedikit air tumis hingga naik minyak.

3. Masukkan tomato,cendawan,tomato puri dan air panas campur cube ayam. Biarkan mendidih. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan renih hingga pekat. Suaikan rasa.

4. Letakkan mee yang sudah direbus atas pinggang dan curahkan kuah di atasnya dan taburkan keju parmesan.





 

1 comment:

Eny Abdullah said...

nampak sedap.. mesti cuba nanti. terima kasih saya dh follow blog you...