DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, October 6, 2015

KARI PAPADUM




PAPADUM KARI

16 keping papadum yang bulat besar di-goreng dan di patah 2,ketepikan

50 gm asam java(yang berbiji) diramas dengan 41/2 cawan air dan ditapis kan.

1 cawan santan pekat

2 biji tomato,(optional)di belah 4

60 gm serbuk sambar*

1 s/m serbuk chilie*

2 s/m tepung kacang kuda*

Bahan2 tanda* di campur dengan sedikit air dan menjadi pes. Serbuk sambar boleh di beli di kedai runcit india.

Garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa jika suka.

Bahan tumis:

2 biji bawang besar,dihiris halus

10 ulas bawang putih,dibelah2

2 tangkai daun kari

11/2  s/t halba

¼ cawan minyak

1.     Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sampai wang dan bawang menjadi perang.

2.     Masuk pes rempah dan tumis hingga naik minyak. Tuangkan air asam dan santan kacau rata dan biarkan mereneh hingga nak minyak  dan pekat dengan api yang kecil.

3.     Last2 masuk tomato dan papadum  dan biarkan mendidih sebentar. Rasa dulu sebelum masuk garam.

Nota: Hidang ini sedap di makan dengan lauk ikan bilis goreng,telur masin kootu bendi.





No comments: