DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, October 5, 2015

BAYAM MASAK KACANG HIJAU



BAYAM MASAK KACANG HIJAU

½ cawan kacang hijau tanpa kulit

4 ulas bawang putih

2 cm halia,tumbuk

1 s/t jintan putih

2 cubit serbuk kunyit

500 gm bayam hijau atau pun merah asingkan daun dengan batang, potong.

1 biji tomato,dicencang

1 cawan santan pekat

1 s/t serbuk jintan putih

Garam secukup rasa

Bahan tumis:

1 biji bawang besar,dihiris halus

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham parupu

3 tangkai chilie merah atau pun lada kering

2 s/m minyak

1.     ½ cawan kacang hijau tanpa kulit di rebus hingga embuk dengan 5 cawan air,1 s/t jintan putih,4 ulas bawang putih, 2 cm halia tumbuk dan 2 cubit serbuk kunyit. Bila kacang sudah betul2 empuk.

2.     Masukkan santan,serbuk jintan putih,batang bayam dan tomato kacau masak hingga batang empuk. Masuk daun bayam dan kacau rata.

3.     Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang  tuangkan ke dalam bayam dan kacau rata masuk garam dan masak hingga bayam masak.

Nota: Saya ambil gambar di atas semasa saya tuang bahan tumis itu yang  bayam nampak hijau jer sahaja nak bagi nampak cantik gambar jer hehe. Tapi bila dia betul masak dia menjadi macam gambar dia bawa ini. Bayam boleh di ganti dengan sayur lain macam sawi atau pun kangkung.





No comments: