DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, December 17, 2015

KUAH TAU FOO SUMBAT





 KUAH TAU FOO SUMBAT


2 cawan air


120 gm asam java,saya pakai yang ada biji


2 cawan gula


3 s/m serbuk chili


3-4 s/m kicap pekat manis


11/2 cawan kacang tanah goreng yang di tumbuk hancur.


1 s/t tepung jagung,dicampur dengan sedikit air.jika perlu


Garam secukup rasa


1.    Asam java diramas dengan air dan tapis.

2.    Tuangkan dalam periuk dan campurkan dengan gula,kicap dan serbuk chili kacau rata dan panaskan hingga mendidih.

3.    Masukkan kacang dan kacau rata dan masak hingga pekat. Kalau rasa nak pekat lagi boleh dicampurkan dengan tepung jagung ikut hati you lah nak pekat ker nak cair.. Suaikan rasa  dengan garam.

Cara lain: Bakar dan tumbuk 2cm belacan dan panaskan 2-3 s/m minyak. Dan tumis belacan hingga naik wangi masuk serbuk chili dan kacau rata dan tuang air asam dan buat seterusnya seperti di atas. Jika rasa nak pedas lagi boleh ditambah dengan chili padi. Lepas buat ini ikut hati you orang lah nak makan dengan apa hehe tau foo sumbat tu you semua tau kan cara nak buat..

Nota: boleh juga kalau nak masak sedikit gula perang chap bintang.








1 comment:

syira sani said...
This comment has been removed by the author.