DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, December 27, 2015

SAMBAL TELUR



SAMBAL TELUR


10 biji telur rebus,buang kulit


4-5 s/m sos tomato


¾ cawan air


¼ cawan minyak


Garam  dan perasa secukup nya


Daun ketumbar untuk di tabur


Bahan kisar:


20 tangkai chilli kering,direndam


10 ulas bawang merah


2 ulas bawang putih


2cm belacan

1.    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukan sos tomato,garam dan perasa kacau rata.

2.    Tuangkan air dan kacau rata biarkan mendidih. Bila naik minyak boleh dimasuk telur kacau dan biar hingga pekat. Tabur daun ketumbar.




1 comment:

Lee said...

Hi, this coming to you from Canada. I sure love your this sambal telor....it looks really fantastic and a sure 2 big plates of rice to go with it! Looking at the pic I can practically get the lovely scent of the spices, ingredients...and the colour of the gravy is simply so tempting.

This is a dish, one spoon in the mouth and can forget a mother in law's name.
Can see you a gourmet cook. Way to go!
Have hun and wishing you a very happy new year.
Best regards,
Lee.