DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, January 19, 2016

KERABU TERUNG UDANG BERMAYONNAISE




KERABU TERUNG UDANG BERMAYONNAISE

400 gm terung panjang,masak air bersama sedikit garam bila air mendidih. Buang kulit terung dan potong terus masak kedalam air panas. Bila ½ masak tapis dan sejukkan

200 gm udang,direbus dengan kulit nya dan buang kulit dan belah 2,sejukkan

100 gm carrot,buang kulit dan potong halus

100 gm buah tomato,potong halus

1 biji bawang besar,potong halus

2-3 tangkai chilie hijau,potong halus,jika suka pedas boleh tambah dengan sedikit chilie padi.

¼ cawan kacang tahan

¼ cawan kacang tahan tumbuk

Untuk sos nya:

½ cawan mayonnaise

¼ cawan sos chilie

1 s/m sugar

1 s/m jus limau nipis

Garam secukup rasa,jika perlu

Campurkan semua bahan sos, Dalam mangkuk besar campurkan semua

 bahan lain dan campur dengan sos nya campur sebati. Hidang terus bersama nasi.

Nota: dalam gambar ini bukan udang betul ya ini udang vegetarian.




No comments: