DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, January 18, 2016

AYAM VARUVAL LADA HITAM



AYAM VARUVAL LADA HITAM

1 kg ayam,dipotong kecil dan peram dengan 1 s/t serbuk chilie,secubit serbuk kunyit,1/2 s/m serbuk lada hitam,1 s/t jus limau nipis dan sedikit garam.


250 gm bawang besar,dihiris halus


200 gm tomato,dicencang


½ s/m pes halia


½ s/m pes bawang putih


3 tangkai chilie hijau di,hiris


1 s/t serbuk chilie*


11/2 s/m serbuk ketumbar*


1 s/t serbuk garam masala*


½ s/t serbuk kunyit*


1 s/m lada hitam,yang di tumbuk kasar


1-2 s/t jus limau nipis


Garam secukup rasa


3 tangkai daun kari


½ cube ayam,jika suka saya tak masuk.


2-3 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masuk daun kari kacau,masuk bawang besar dan tumis hingga menjadi light brown. Masuk chili hijau dan pes halia dan bawang putih kacau rata. Tumis hingga hilang bau bawang putih.


2.    Masuk bahan * kacau rata. Masuk tomato dan kacau rata. Masak selama 1 mint. Masuk ayam dan kacau sebati tutup periuk kacau sekali-sekala.


3.    Biarkan masak hingga keluar air dari ayam dan biarkan sampai masak. Masuk garam,jus limau dan lada hitam tumbuk. Kacau sebati dan bila kering sedikit boleh tutup aip. Hidangkan dengan nasi panas.






No comments: