DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, January 21, 2016

PARUPPU RASAM




RASAM KACANG DHALL

½ cawan dhall,direndam 5-6 jam dan dipressure cook dengan 2 cawan air sampai empuk. Mesti empuk jangan ber biji2.dilecek dan ketepikan.

4 cawan air

50 gm asam java ( saya suka rasam yang masam, jika tak suka masam sangat boleh di kurangkan) diramas dengan sedikit air dan tapis.

1 biji buah tomato,dicencang.

11/2 s/t jintan putih*

11/2 s/t lada hitam*

6 ulas bawang putih*

20 gm daun ketumbar,dicencang

Garam secukup rasa

Tumbuk kasar bahan * dalam mangkuk besar campur bahan tumbuk,kacang dhall sekali dengan air rebusan nya,air asam java,air, buah tomato,daun ketumbar dan garam secukup rasa.

Bahan tumis:

1 s/t ulutham parupu*

1 s/t biji sawi*

1 biji bawang besar,dihiris halus

3-4 tangkai lada kering,dipotong

2 tangkai daun kari

¼ s/t serbuk asafoetida

2 s/m minyak

Panaskan minyak dalam kuali dan masuk bahan * masuk bawang ,chilie dan daun kari tumis hingga bawang menjadi perang. Masuk serbuk asafetida dan terus tuang air kacang dhall. Kacau rata dan biarkan sampai mendidih. Tutup api.

Nota: Selalu rasam ini sedap di hidangkan dengan nasi yang lempek sikit. Sedap lagi jika ada lauk sambal ikan ker atau pun ikan bilis. Jika suka boleh juga kalau nak tambah dengan 30 gm ikan bilis dalam rasam ini.










No comments: