DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, January 23, 2016

THANI SAARU SAYUR MERANTI



THANI SAARU SAYUR MERANTI

½ cawan kacang dhal,direndam 6 jam dan direbus hingga betul2 empuk dengan sedikit air atau pun di pressure cook hingga empuk jangan berbiji-biji. Dilecek

150 gm sayur meranti

1 biji buah tomato,dicencang

25 gm ikan bilis

60 gm bawang besar,dihiris halus

30 gm bawang putih,tumbuk kasar

4 ½ cawan santan cair

½ cawan santan pekat

Garam secukup rasa

Bahan tumis:

2 s/m minyak

1 s/t biji sawi*

1 s/t jintan putih*

1 s/t ulutham paruppu*

3 tangkai chilie hijau atau pun chilie kering,dipotong

1 s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk jintan putih

1.    Panaskan minyak dan masuk bahan * kacau rata. Masuk bawang besar,bawang putih dan chilie tumis hingga  bawang menjadi perang.

2.    Masukan serbuk jintan dan serbuk kunyit kacau rata dan terus masuk kacang dhal,buah tomato,ikan bilis dan santan cair kacau rata dan biarkan mereneh dengan perlahan hingga mendidih kacau selalu.Masak hingga 2-3 mint. Dan masuk sayur dan santan pekat . Bila ia mendidih  tutup api. Hidangkan dengan nasi berlauk sambal ikan bilis.

Nota: Sayur meranti boleh di ganti dengan daun turi,sawi atau pun cekar manis.