DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, February 16, 2016

BIRYANI SEMIYA




BIRYANI SEMIYA

454 gm semiya,panaskan air dan bila air mendidh masuk semiya dan rebus sampai lembut toskan. Semiya ini boleh di beli di kedai runcit india.

200 gm daging kambing vegetarian, dipotong kecil2 ( boleh di ganti dengan ayam atau pun daging lembu and di hiris nipis.

2 biji tomato,dicencang

1 biji lada bengala kuning,dipotong kecil2

1 biji lada bengala hijau,dipotong kecil2

2 tangkai chili merah,dihiris

½ cawan daun pudina,dicencang

1 s/m pes halia

1 s/m pes bawang putih

1 biji bawang besar,dihirs halus

1 s/t serbuk chili

1 s/t serbuk ketumbar

1 s/t serbuk kunyit

1 s/t serbuk biryani atau pun garam masala

½ cawan yoghurt

½ cawan air,Bila guna daging atau pun ayam  masuk lebih sikit air.

1 s/t jus limau nipis

3-4 s/m ghee atau pun minyak

Garam secukup rasa dan serbuk perasa

50 gm gajus untuk di tabur

1.     Panaskan minyak atau pun ghee masuk bawang dan goreng hingga wangi dan menjadi perang. Masuk pes halia/bawang putih tumis hingga hilang bau. 

2.     Masukkan tomato,chili merah dan sedikit air tumis hingga naik minyak masuk bahan serbuk dan kacau rata. Hingga naik minyak

3.     Masukkan yoghurt,daging,air garam dan serbuk perasa kacau rata dan masak hingga daging masak (masuk sedikit lagi air kalau tak cukup ) 

4.     Masakan lada bengala dan kacau rata. Masuk semiya dan daun pudina kacau rata hingga naik panas. Tutup api. Boleh di hidang.


 NOTA: Daging vegetarian ini dibuat dengan cendawan. Semiya ini dalam kotak cari yang ada 454gm atau pun 500gm. Ada jual di kedai runcit orang india. Bila saya masak ini saya lupa nak masuk daun pudina...hehe






No comments: