DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, February 7, 2016

IDLI BIJI SAGU




IDLI BIJI SAGU BERTUMIS

250 gm tepung beras

1 cawan nasi

½ cawan kacang ulutham paruppu,direndam 5-6 jam

1 s/t garam

¼ s/t yis

1 cawan biji sagu

1.    Blend kacang,nasi,garam dan yis dengan 1 cawan ( kalau tak cukup tambah sedikit lagi air ) air hingga lumat.

2.    Masuk tepung beras dalam mangkuk tuangkan bahan blend dan kacau rata. Masukkan sedikit lagi ayer dan buat menjadi batter yang pekat. Peram sampai kembang.

3.    Masak 2 litre air bila air dah mendidih masukkan biji sagu dan masak hingga biji sagu jadi jernih.

4.    Tutup api dan tuang 2 litre air lagi dan kacau rata. Tapis dan cuci 2 kali lagi dengan air dan ketepikan.

5.    Bila batter sudah betul2 kembang masuk biji sagu dan kacau rata. Untuk menumis nya.

Bahan untuk menumis nya:

2-3 s/m minyak

2 biji bawang besar,dihiris halus

3 cm halia,dihiris halus

2-3 tangkai chilie hijau atau chilie kering,dihiris

1 s/t biji sawi*

1 s/t jintan putih*

1 s/t ulutham paruppu*

2-3 tangkai daun kari,dipotong

¼ s/t serbuk asafetida,jika ada

Panaskan minyak dan masuk bahan* dan kacau rata. Masuk bawang,chilie,halia dan daun kari tumis hingga bawang menjadi perang masuk serbuk asafetida dan kacau rata terus tuang kedalam adunan batter dan kacau.

6.    Panaskan periuk idili dan bila air sudah mendidih. Tuangkan batter kedalam bekas nya dan kukus hingga masak. Hidangkan dengan chutney kelapa.




No comments: