DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, May 17, 2016

STEW AYAM KERALA



STEW AYAM KERALA

Stew ayam ini sedap dan selalu nya di-makan dengan Apam lenggang atau pun putu mayang

1 kg ayam,dipotong kecil2 dan di gaul dengan sedikit garam ketepikan.

3 biji ubi kentang,dipotong 4

1 biji ubi kentang (size kecil) direbus hingga empuk dan di lecek.

2 batang carrot,dipotong ikut suka hati.

2 cawan santan cair

3 cawan santan pekat

Jus limau nipis, secukup rasa

Garam secukup rasa

Sedikit daun ketumbar,untuk ditabur

2 s/t serbuk ketumbar

1 s/t serbuk garam masala

½ s/m serbuk lada hitam yang baru ditumbuk

2 batang kayu manis*

8 biji buah pelaga,ditumbuk sedikit*

8 kuntum bunga cengkih*

2 biji bawang besar,dihiris halus

6 ulas bawang putih,dihiris halus

2 inch halia,dihiris halus

5 tangkai chilie hijau dibelah

4 tangkai daun kari

5-6 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan masuk bahan * kacau rata, masuk bawang putih,chilie hijau dan halia kacau dan goreng hingga wangi.

2.    Masuk bawang dan tumis hingga bawang menjadi light brown. Kecilkan api dan masuk serbuk ketumbar dan garam masala kacau rata dan masuk ayam ubi dan carrot kacau rata dan goreng selama 5 mint.

3.    Tuangkan santan cair dan kacau rata. Tutup periuk dan biar mendidih . Bila ubi sudah masak masuk ubi yang telah di lecek dan santan pekat kacau rata dan masuk garam,serbuk lada hitam dan jus limau nipis. Suaikan rasa. Masak hingga mendidih. Tutup api tabor dengan daun ketumbar. Hidangkan dengan apam lenggang atau pun putu mayam.




No comments: