DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, May 19, 2016

VADAI TEMPEH



VADAI TEMPEH

300 gm tempeh,dicencang tapi jangan pulak cencang halus sangat.

30 ikan bilis,direndam dan tumbuk kasar

1 biji bawang,dihiris halus

2 cm halia,dicencang

4-5 tangkai chilie padi,di hiris

3 tangkai daun kari,di mayang

1 s/t jintan manis,ditumbuk kasar

1 s/t serbuk kunyit

½ cube ikan bilis

Garam,jika perlu

1 biji telur,dipukul

Minyak untuk goreng

1.    Campur semua bahan di-atas kacuali minyak ,garam dan telur. Kacau sebati (jangan lecek) Masukkan telur sedikit demi sedikit dan gual hingga boleh di bentu. Rasa dulu jika perlu masak garam then add in dan kacau rata.

2.    Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat dan leperkan dan masuk kedalam minyak yang telah di panaskan. Goreng  dengan api yang kecil hingga menjadi kuning emas.

3.    Tuskan di atas kertas penyerap yang di renyukkan. Hidangkan sos chilie.
Nota: Ikan bilis boleh digantikan dengan udang atau pun ayam cencang.





No comments: