DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, August 16, 2016

ROSE HALWA



ROSE HALWA

150 gm tepung tang mien

250 gm gula

Secubit garam

800 ml air

70 gm gajus,cencang

1 sudu teh esen rose

Warna merah

80 gm ghee

Kacang pistachio dan kacang badam cencang untuk hiasan.

Loyang  size 20cmx15cm

1.    Masuk tepung dan garam ke dalam mangkuk dan tuang air sedekit demi sedikit dan kacau hingga tepung tak berketul tapis kedalam kuali nonstick.

2.    Masak atas api kecil dan kacau selalu hingga pekat masuk gula dan kacau lagi hingga pekat masuk warna merah sedikit dan kacau lagi.

3.    Masuk ghee sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua menjadi sebati masuk esen rose dan gajus kacau hingga adunan tak melekat di kauli. Tuang kedalam Loyang dan rata tabur dengan kacang pistachio dan biarkan hingga betul2 sejuk baru dipotong





No comments: