DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, August 22, 2016

SAMBAL AYAM



SAMBAL AYAM

1 ekor ayam( yang besar),dipotong dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam ketepikan selama ½ jam goreng tapi jangan sampai garing.

½ cawan sos chilie

2 cawan air

½ s/m serbuk garam masala,jika tidak ada digantikan dengan 2 batang kayu manis,4 tangkai bunga lawang

4 tangkai daun kari

½  cawan minyak

Garam  dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar

200 gm bawang besar,dipotong

50 gm bawang putih

40 gm halia

3 batang serai

30 tangai chilie kering,buang biji dan rendam

1 s/m serbuk chilie

1.    Kisar semua bahan kisar hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis kayu kulit manis dan bunga lawang. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak dan garing dengan api yang kecil. Masuk daun kari kacau rata.

2.    Tuangan air, sos chilie dan perasa masak hingga naik minyak masukkan ayam goreng dan kacau rata. Rasa dulu sebelum masak garam. Bila sudah sebati tutup api. Hidang bersama nasi lemak atau pun nasi tomato.






No comments: