DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, October 15, 2016

BIRYANI DAGING KAMBING




BIRYANI DAGING KAMBING

500gm kambing  *

2 sudu besar yogurt *

1 sudu besar pes halia *

½ sudu teh serbuk chilie *

  Sedikit garam*

* Perap selama 3 jam

2 cawan beras Basmathi, direndam selama 30 minit

3 cawan santan, bergantung kepada jenis beras yang anda gunakan.

3 bawang besar, dihiris halus

200 tomato gm, dicincang

1 sudu besar + 1 sudu kecil pes bawang putih

2-3 cili hijau, dihiris

½ cawan hirisan daun pudina

½ cawan hirisan daun ketumbar

2 sudu besar yogurt

3 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk cili

½ sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil serbuk biryani

1 sudu besar jus limau,jika suka

Garam secukup rasa

¼ cawan minyak sapi

Bahan rempah

2 daun bay

2 batang kayu manis

3 pelaga

3 ulas bunga cengkih

1 tangkai bunga lawang

1 sudu kecil jintan manis

50 gajus gm, goreng dan ketepikan

50 kismis gm, goreng dan ketepikan

1 kecil tin kacang hijau, toskan

1. Pressure cook daging kambing dengan sedikit air sehingga lembut.

2. Panaskan minyak sapi dan masukkan satu persatu bahan rempah. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng hingga kekuningan. Masukkan pes bawang putih dan goreng sehingga bau mentah hilang.

3. Masukkan cili, garam,tomato dan chilie hijau sehingga naik minyak. Masukkan serbuk rempah dan gaul rata. Masukkan ½ daripada pudina dan daun ketumbar dan juga yogurt kacau rata dan masak selama 1 minit.

4. Masukkan daging kambing dan gaul rata. Masukkan beras dan santan  dan kacau rata. Masukkan  daun pudina dan daun ketumbar gaul rata.

5. Tuangkanke dalam rice cooker dan masak . Hiaskan dengan gajus dan kismis dan kacang hijau. Hidangkan dengan raita.




1 comment:

Balinese said...

Waah... jadi kepingin bikin masakan ini