DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, November 13, 2016

TERUNG MASAM MANIS

TERUNG MASAM MANIS


400 gm terung,potong dan di gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam goreng hingga perang,ketepikkan

70 gm asam java,di ramas dengan 1 cawan air.Kalau rasa masam sangat boleh kurang

1/2 cawan air

11/2 sudu besar serbuk cili,atau secukup rasa sendiri

1 sudu besar paste halia

1 sudu besar paste bawang putih.

1 sudu teh serbuk garam masala atau 1 batang kayu kulit manis dan 2 tangkai bunga lawang

Gula secukup rasa

Garam secukup

Bahan tumis

2-3 sudu besar minyak

1 biji bawang besar,hiris halus

1 sudu teh biji sawi

2 tangkai daun kari


1. Panaskan minyak dan masuk biji sawi,kayu kulit masi,bunga lawang (kalau guna) daun kari and bawang. Tumis hingga bawang garing.

2. Masukkan paste dan tumis hingga hilang bau nya. Masukkan serbuk cili,garam masala ( jika guna) dan tuangkan air asam java dan air. kacau rata.

3. Biarkan ia mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa. Dia kena ada rasa manis,masam dan pedas. Bila kuah sudah pekat sedikit masukka terung goreng tadi dan kacau rata. Boleh di hidangkan dengan nasi.



No comments: