DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Thursday, July 27, 2017

AYAM MASAK GARAM



AYAM MASAK GARAM

600 gm ayam,dipotong kecil2

200 gm bawang besar,dihiris halus

20 gm halia,dicincang kasar

6 ulas bawang putih,dicincang kasar

10 tangkai chilie kering,dipotong

150 gm tomato,dicincang

1 s/t serbuk jintan manis

1 s/t serbuk jintan putih

1 s/t serbuk garam masala

Garam secukup rasa

2 tangkai daun kari

½ cawan air

3 s/m minyak

1.    Panaskan minyak dan tumis bawang besar,chilie,bawang putih,halia dan daun kari hingga wangi.

2.    Bila bawang menjadi perang masukkan tomato dan serbuk jintan manis,jintan putih dan serbuk garam masala gaul rata.

3.    Masukkan ayam dan garam kacau rata dan tuangkan air masak hingga ayam empuk dan air kering sedikit.Hidangkan dengan nasi

Nota: jika suka boleh juga campur sedikit stock ayam