DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, December 20, 2017

RASAM AYAM



RASAM AYAM

500 gm ayam,dipotong

8 cawan air ( cawan 250ml )

2 biji buah tomato masak,dicincang

½ s/t serbuk chilie

½ s/t serbuk kunyit

¼ s/t serbuk asafetida

50 gm asam java, ( atau secukup rasa sendiri) diramas dengan ½ cawan air

30 gm daun ketumbar,dicincang

2 s/m minyak 

1 s/t biji sawi

2 tangkai chilie kering,dipotong

2 tangkai daun kari

Garam dan perasa secukup rasa

Bahan tumbuk:

8 ulas bawang merah

2 tangkai chilie hijau

2 cm halia

12 ulas bawang putih

1 tangkai daun kari

Tumbuk kasar semua bahan diatas

Kisar kasar:

1 s/m biji ketumbar

1 s/m lada hitam

1 s/m jintan manis

1 s/m jintan putih

1 batang kayu manis,dipatah

4 cengkih

2 biji buah pelaga

Sangai semua bahan diatas sampai naik wangi. Sejukkan dan kisar kasar.

1.    Panaskan minyak dan tumis biji sawi,chilie kering dan daun kari kacau rata.
 Masukkan serbuk asafetida,bahan tumbuk dan bahan kisar kacau rata.

2.    Masukkan tomato dan kacau rata masuk garam dan masuk ayam dan daun ketumbar kacau rata sampai ayam menjadi putih.

3.    Tuangkan air dan air asam java kacau rata dan biarkan ia mendidh dengan api yang kecil dan masak hingga ayam empuk dan sebati.





No comments: