DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, October 26, 2012

MURUKU


MURUKU


300gm tepung beras

60gm tepung ulutham paruppu

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh garam

1 sudu teh biji ajowan (oman)

15gm bijan

30gm ghee

560ml santan

Minyak untuk mengoreng

1.Tepung beras dan tepung ulutham paruppu digoreng tanpa minyak sampai naik panas. Sejukkan

2. Campurkan tepung,jintan,bijan,garam dan ghee dalam bekas.

3. Panaskan santan hingga mendidh. Tuangkan santan ke dalam tepung sedikit demi sedikit dan kacua hingga menjadi dough, uli adunan.

4. Ambil sedikit adunan dan masuk sedalam acuan muruku dan picit diatas kertas.

5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
.

.
.



2 comments:

Juanna Omar said...

Terima kasih kongsi resipi. Lama dah cari resipi muruku terbaik. Akhirnya jumpa jugak. Cuba resipi lain asyik fail saja. Yg ni guna santan panas2 dicampur dgn adunan. Mcm buat churros saja.

Ancella said...

Can I replace the ghee with Planta?
What is tepung ulutham paruppa? I have tried many times but the results was very hard!I like some softer version , Can you help?
Thanks in advance.