DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, November 3, 2012

AGAR-AGAR SANTAN


AGAR-AGAR SANTAN




1 cawan santan pekat

11/2 cawan susu pekat

1/2 sudu teh esen vanila

1/4 sudu teh garam

20gm agar-agar 

4 cawan air

3 helai daun pandan


Pewarna makanan, mengikut selera

1. Masak agar dengan 4 cawan air hingga agar-agar larut.

2. Masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati,tapis.

3. Masukkan santan,esen dan garam, sambil kacau.

4. Keluarkan sedikit agar2 dan bahagian kepada 2 bahagian. dalam piring kecil warnakan. Bila sudah beku potong cube yang kechil.

5. Tuangkan agar-agar kedalam dulang 20cm. Bila agar2 beku sedikit kacau dan taburkan dengan agar2 warna tadi. Biarkan sejuk sebelum potong.
.

.









1 comment:

Amie said...

Hi Thayaga... first time masuk dapur Thayaga. Terima kasih jemput Amie datang ke sini. Banyak info menarik tentang masakan India saya jumpa di sini! Follower 65.