Friday, August 8, 2014

LADOO KACANG TANAH



LADOO KACANG TANAH

3 cawan kacang tahan goreng,buang kulit

1 sudu teh serbuk buah pelaga

1 cawan jaggery (gula Melaka india) boleh di beli di kedai runcit india. atau pun boleh di ganti dengan gula Melaka,tapi rasa lain sedikit.

1 cawan air

Sedikit minyak sapi,untuk di sapu kepada tangan.


1. Campur kan gula dan air dalam kuali masak dengan api yang kecil hingga gula cair. Sediakan sebuah piring kecil dengan air. Bila gula sudah dah sedikit pekat ambil sedikit dan tuangkan sedikit ke dalam air, kalau gula tak cair (seperti dalam gambar) Itu bermakna boleh di masukkan kacang.

2. Tutup api dan masukkan kacang dan serbuk buah pelaga kacau rata. Dan basahkan tangan dengan minyak dan ambil sedikit kacang dan bulat2 kan menjadi bola kecil. semasa kacang masih panas lagi. ( kena buat cepat2 sebelum kacang sejuk) Bila sudah habis semua kacang tadi. Biar kan kacang sejuk sebelum makan.









 



 

2 comments:

Rosdi Eunos said...

bila tengok ladoo ni.. teringat cerita K3G

Unknown said...

Boleh share cara masak laddu