DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Wednesday, September 3, 2014

NASI PONGAL



NASI PONGAL

Nasi ini selalu  nya orang india masak di hari perayaan hari "PONGAL"





300 gm beras, biasa

60 gm kacang hijau tanpa kulit,di goreng tanpa minyak hingga sedikit perang. Rendam selama 6 jam.

60 gm channa dhall (kadalai paruppu) rendam selama 6 jam. Kadalai paruppu ada jual dekat kedai India.

50 gm kelapa parut

1 cawan susu segar

1 cawan santan pekat.jangan guna santan kotak

70 gm minyak sapi

50 gm gajus

50 gm kismis

12 biji buah pelaga ,ambil biji nya sahaja dan tumbuk .

300 gm gula perang, yang dalam pkt hijau,rasa saya chap bintang kalau tak salah. jangan guna gula Melaka. Kalau tidak beli dekat kedai India mintak kata gula merah. Kalau guna gula ini kena masak dulu dengan sedikit air sampai cair dan tapis. Pasal selalu nya ada pasir dalam gula ini.

Kalau rasa tak cukup manis boleh tambah dengan gula. Tapi jangan pula manis sangat ya.

Se cubit garam

1. Masak nasi dengan kacang hijau,chana dhall dan air secukup nya dalam periuk nasi elektrik sampai masak ( nasi biar lembik sedikit)

2. Keluarkan dari bekas nya dan letak atas dapur. Buka api dan kacau rata nasi masukkan susu,santan,gula merah,kelapa dan garam kacau rata. kalau rasa pekat sangat tampah sedikit air atau susu.

3. Kacau sebati masukkan minyak sapi,gajus,kismis dan serbuk buah pelaga kacau lagi sampai pekat. tapi nasi jangan terlalu hancur. Rasakan kalau rasa tak cukup manis nya masukkan sedikit gula. Tutup api dan biarkan sejuk...

Selamat mencuba












 

No comments: