DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Saturday, July 25, 2015

CHAR KUIH KARK




 CHAR KUIH KARK
 
300 gm tepung beras
 
41/4 cawan air ( cawan 250ml )
 
11/2  s/t  air abu
 
1/ 2  s/t  bicarbonate soda

1/2 s/t garam
 
11/2  s/m  minyak
 
Tin 8x8 inci,disapu dengan minyak dan lapis dengan plastic
 
1. Masakkan air dalam periuk pengukus.
 
2. Campur semua bahan2 dalam mangkuk gaul rata. Tapis ke dalam kuali. Dan masak dengan api yang kecil. Kacau selalu hingga dia menjadi pekat JANGAN SAMPAI PEKAT SANGAT DIA KENA CAIR MACAM BOLEH DITUANG. Kalau ada lumps tu kita lecek sampai hanchur.
 
3. Tuangkan kedalam tin dan tutup tin dan kukus 1 jam. Keluarkan dalam simpan semalam atau pun 6-7 jam sebelum di-gunakan. Potong cube kecil2.
 
Cara mengoreng nya:
 
70 gm daun kucai
 
170 gm tauge
 
6 ulas bawang putih,ditumbuk
 
11/2 s/m kicap pekat,atau secukup nya
 
1 s/m  serbuk chili
 
1/2 s/t serbuk lada hitam,jika suka
 
1/2 cube stock ayam
 
2 biji telur, digoreng hancur ketepikan
 
Sedikit air
 
Garam & gula se cukup rasa
 
4-3 s/m minyak
 
Nota: saya tak campur udang atau pun isi ayam kalau suka boleh di- campur.
 
1. Mesti guna nonsticking pan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik Wangi.
 
2. Bila dah menjadi perang masukan sedikit air dan serbukchili,stock ayam,lada hitam,gula dan kicap kacau rata. Rasakan gula garam nya kacau kira cukup masuk kuih kark dan kacau rata.
 
3. Masuk telur dan kacau rata. Masuk tauge dan daun kucai kacau rata dan sebati. goreng 
 
sebentar. Boleh di hidangkan.
 







 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: