DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Monday, August 31, 2015

KARI TAU FOO



KARI TAU FOO

5 keping tau foo keras,dibelah 2 dan goreng ketepikan
150 gm kacang panjang
150 tomato,belah 4
1 s/m serbuk chili
3 s/m serbuk kari daging
1 s/t serbuk garam masala,jika ada
5 cawan santan
1 s/t gula
Garam dan perasa secukup rasa

Bahan Kisar:
10 tangkai chili kering,di-rendam
5 batang serai
3cm lengkuas
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis:
4 buah pelage
4 bunga cengkih
4 kuntum bunga lawing
2 batang kayu kulit manis
2 tangkai daun kari
3-4 sudu makan minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik Wangi. Masuk pes kisar,serbuk kari,serbuk chili and garam masala tumis hingga naik wang and naik minyak.

2. Tuang santan dan kacau rata biarkan mereneh dengan api yang kecil hingga sedikit pekat. Masuk tau foo,tomato dan kacang panjang dan biarkan mendidh masuk garam,gula dan serbuk perasa. Kacau rata bila kacang sudah masak tutup api.

Nota: Masakkan ini vegetarian pasal saya tak makan daging ker apa2 benda yang ada darah. Jika suka boleh juga di-masukkan udang atau pun ikan bilis. Boleh juga nak masak cube stock ayam.

 






1 comment: