Thursday, August 27, 2015

IDLI TEPUNG SUJI ( RAVA IDLI ) DAN CHUTNEY KACANG TAHAN


IDLI TEPUNG SUJI / CHUTNEY KACANG TANAH
 
1 cawan tepung suji,di goreng tanpa minyak hingga naik panas,ketepikan
 
1/3 cawan yoghurt
 
50 gm carrot,diparut
 
1 biji bawang besar,dihiris halus
 
1-2 tangkai chili hijau,dihiris halus
 
2 s/m daun ketumbar,yang dihiris halus
 
1 cm halia,tumbuk
 
1 cawan air atau pun secukup nya
 
Garam secukup rasa
 
1 pkt kecil eno biru
 
Bahan tumis:
 
1/2 s/t biji sawi
 
1/2 s/t jintan putih
 
1 s/t ulutham parupu
 
1 s/t kadalai parupu
 
1 tangkai daun kari,dihiris halus
 
6-7 biji gajus
 
1 s/m minyak
 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kecilkan api dan masuk tepung suji dan kacau rata dan sebati. Tuang ka dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
 
2. Masukkan semua bahan lain kecauli eno kedalam tepung suji yang telah di tumis tadi masuk air dan buat adunan macam nak buat apam jangan cair atau pun pekat sangat biarkan selama 15 mint.
 
3. Panaskan periuk idli dan selepas 15 mint campurkan eno kedalam adunan dan kacau sebati. Dan tuang dalam bekas idli dan kukus 10-15 mint hingga masak. Hidang dengan chutney recipe di bawa.





CHUTNEY KELAPA KACANG TANAH
 
1 cawan kelapa parut putih
 
4 s/m kacang tahan yang telah di- goreng buang kulit
 
2 tangkai chili hijau,dipotong
 
2-3 ulas bawang merah,dipotong
 
1 cm halia,dipotong
 
1 tangkai daun kari
 
1 s/m pes asam java
 
1/2 s/t gula ( jangan masuk banyak )
 
Garam secukup rasa
 
!/2 cawan air, atau pun secukup nya
 
 
Blend semua bahan di atas hingga lumat ( tak boleh cair sangat atau pun pekat sangat ) dan tuang dalam mangkuk
 
Bahan tumis:
 
1/2 s/t biji sawi
 
1/2 s/t ulutham parupu
 
1 tangkai daun kari
 
2 tangkai chili kering
 
2 s/m minyak
 
Panaskan kuali dan tumis bahan2 di atas dan tuang kedalam chutney tadi dan kacau rata. Hidang dengan idli tepung suji.
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 

No comments: