DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Tuesday, November 28, 2017

KUIH PERIA



KUIH PERIA

1 cawan tepung beras pulut

2 s/m tepung beras

Santan pekat secukup nya

Garam secukup nya

Campur tepung pulut dengan tepung beras gaul rata dan masuk garam

secukup nya, tuangkan santan sedikit demi sedikit and gaul menjadi doh

 yang lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan  mengikut

 warna kesukaan. Saya warnakan hijau dan kuning.

Untuk inti:

½ cawan kacang hijau,direndam sampai kembang

1 cawan air

Gula secukup nya

1/3 cawan santan pekat

1 helai daun pandan

Garam secukup

1.    Rendam kacang selama 5 jam. Rebus kacang dengan daun pandan dan air hingga betul2 empuk ( saya pakai pressure cooker) dan lenyek ketika masih panas.

2.    Masuk santan dan gula,garam secukup rasa dan masak hingga sedikit kering. Sejukkan inti dan buat bulat2 dan ketepikan.

3.    Ambil sedikit doh dan isikan inti didalam nya dan bentukan seperti buah peria dengan penyepit dan sapukan sedikit minyak keatas nya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Kukus hingga masak.




No comments: