DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Sunday, November 19, 2017

KARI KEPALA IKAN



KARI KEPALA IKAN

1 kg kepala ikan,dipotong dan digaul dengan sedikit garam dan kunyit.

200 gm bendi

100 gm serbuk kari ikan

20 gm serbuk chilie

100 gm asam java,direndam dengan 1 cawan air dan diramas dan tapis jus nya

1 cawan santan pekat

5 cawan air

100 gm bawang kecil,dibelah 2

50 gm bawang putih,dibelah 2

50 gm bawang kecil dan 50 gm bawang putih dikisar menjadi pes.

1/2 s/m halba

3 tangkai daun kari

Garam secukup rasa

Serbuk perasa jika suka

1/3  cawan minyak,tambah jika tak cukup

1.    Campurkan jus asam java dengan air dan santan ketepikan.

2.    Panaskan minyak masuk halba dan biarkan sebentar masuk bawang dan bawang putih tumis hingga bawang menjadi layu.

3.    Masukkan pes bawang dan bawang putih kacau rata dan masuk daun kari tumis hingga hilang bau bawang putih.

4.    Kecilkan api dan masuk sebuk kari dan serbuk chilie kacau rata dan tuangkan sedikit air asam dan tumis hingga naik minyak.

5.    Tuangkan semua air asam tadi dan biarkan sampai mendidh dan biarkan mereneh hingga menjadi pekat dan naik minyak.

6.    Masuk ikan dan biarkan sampai ikan masak. Masukkan bendi tutup periuk dan tutup api. Biarkan selama sejam baru di sajikan dengan nasi panas.
Nota: kari ini memang masam sikit jika tak suka masam boleh kurang asam java. 





No comments: