DARI SAYA

Masak-memasak lebih merupakan kegemaran daripada kerjaya saya,dan sejak 45 tahun yang lalu saya telah belajar melalui ibu saya dan juga melalui cuba-cuba di dapur saya sendiri. Saya sentiasa mempelbagaikan idea melalui bacaan dan bertukar pendapat atau berkongs pengalaman bersama rakan-rakan atau pun sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam bidang masak. Bakat mestilah sering dengan minat barulah sesuatu yang diusahakan akan berjaya. saya sentiasa mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan minat terhadap masakan orang2 India khasnya kaum orang2 Tamil . Saya di-lahirkan di-Kota Bharu,Kelantan dan di-besarkan di-kalangan orang2 melayu. Jadi tidak-lah hairanlah jika saya membuat blog ini khusus untuk orang2 melayu supaya mereka mengetahui dengan lebih memdalam resipi-resipi masakkan orang India Malaysia yang ada sedikit sentuhan masakkan melayu. Masakkan yang di-sediakan di-rumah orang2 India sangat berbeza rasa-nya jika di-bangdingkan dengan yang di-jual di-kedai. Penggunaan rempah ratus dan ketelitian proses membuatnya menjadikan masakkan itu cukup unik dan sedap. Kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk memasak. Kawalan api umpamanya perlu tahu masa bila perlu menggunakan api besar,sederhana atau pun api kecil. Setiap perkara yang dilakukan ada kesannya dengan tekstar,rasa,warna aroma dan rupa.masakkan tersebut. Semua ini dapat dipelajari melalui pengalaman memasak itu sendiri. Semakin kita mahir jadinya. Saya harap ramai yang akan mencuba dalam usaha menambah pengtahuan mereka dalam bidang masakan orang India. Dalam blog ini terdapat juga resipi-resipi masakkan melayu dan cina. Jika terdapat kesilapan ayat atau pun ejaan dalam blog ini,maafkan saya kerana saya tidak begitu lancar menulis. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan selamat mencuba.

Friday, November 10, 2017

CUTLETS PISANG MUDA



CUTLETS PISANG MUDA

200 gm pisang muda ( yang macam dalam gambar tu saya tak tahu nama nya. Pisang lain tak boleh guna untuk resipi ini) dibelah dua dan rebus sampai masak tapi jangan sampai lembik, sejukkan dan buang kulit dan parut halus.

¼ cawan kelapa parut

¼ cawan podukadalai, dikisar kasar

40 gm udang kering direndam dan di tumbuk kasar

1 biji bawang besar,dihiris halus

1-2 chilie hijau,dipotong halus

2 ulas bawang putih,ditumbuk kasar

½ cm halia,ditumbuk kasar

1 tangkai daun kari,dimayang

¼ s/t serbuk kunyit

1 s/t jintan manis,ditumbuk

1 s/t serbuk garam masala

1 s/t gula

Garam secukup rasa

2 s/m minyak,untuk tumis

1.    Panaskan minyak dan masuk jintan manis,bawang,bawang putih, halia,udang kering dan daun kari tumis hingga naik wangi dan hilang bau bawang putih dan halia.

2.    Masukkan serbuk kunyit kacau rata dan masuk kelapa parut dan podukadalai kacau rata. Masukkan pisang,garam dan gula kacau rata dan masak hingga sebati. Tutup api dan biarkan sejuk

3.    Bila sudah sejuk ambil sedikit aduanan dan bentukan menjadi bulat. Ketepikan

½ cawan tepung kacang kuda

¼ cawan tepung beras

¼ s/t serbuk kunyit

Secubit garam

Air secukup nya

Campurkan semua bahan2 diatas dan tuangkan air sedikit demi sedikit menjadi batter yang sedikit pekat. Panaskan minyak untuk mengoreng dan bila minyak sudah panas. Ambil sebiji bola pisang tadi dan celup kedalam batter dan masuk kedalam minyak dan goreng hingga garing kulit nya. Dan toskan diatas kertas penyerap minyak.  Buat sampai habis semua adunan.
Nota: cutlet ini orang india makan dengan nasi. Podukadalai boleh di beli di kedai runcit india.





1 comment:

Amie said...

Selamat pagi chef! Banyaknya perkongsian masakan. Macam-macam resepi saya belajar dari sini. Tq for sharing.