Thursday, December 26, 2013

KARI TELUR DAUN LIMAU PURUT


KARI TELUR DAUN LIMAU PURUT

10 biji telur rebus


2-3 ubi kentang atau pun kacang panjang

1-2 keping asam gelugor,atau secukup rasa

2 sudu makan serbuk kari daging

6-7 helai daun limau purut

1 cube stock ayam,jika suka atau serbuk perasa

1.litre santan

1/4 cawan minyak

Garam,gula secukup rasa

Bahan kisar:

10 tangkai chili kering,buang biji dan rendam

5 batang serai

3 cm lengkuas

2 cm halia

4 ulas bawang putih

4-5 tangkai daun ketumbar

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik minyak.

2. Masukkan ubi,daun limau,asam gelugor dan santan kacau rata dan biar mereneh hingga ubi masak.

3. Masakkan telur rebus,stock ayam,garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga naik minyak .







 

Friday, December 20, 2013

CANDY KELAPA

 

 
 
CANDY KELAPA
 
500 gm kelapa parut putih
 
500 gm susu pekat (1 tin)
 
350 gm gula
 
2 sudu makan ghee atau pun mentega
 
1 sudu makan vanilla
 
Warna secukup nya
 
Tray size 11 x 8 inci di sapu dengan ghee
 
  Masukkan kelapa,gula dan susu pekat dalam kuali kacau hingga mendidh dan seterusnya hingga pekat. Masuk warna dan terus kacau hingga pekat lagi.
 
 Masuk ghee dan vanilla kacau hingga adunan tidak melekat kepada kuali dan bila di tekan dengan pisau plastic tak melekat( ini kena pandai kalau tidak tak keras).
 
Masukkan ke dalam tray dan ratakan sampai padat. Bila sejuk boleh dipotong.
 


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, December 14, 2013

ASAM TUMIS IKAN BAWAL

 
 


ASAM TUMIS IKAN BAWAL

1. kg ikan bawal

2 kuntum bunga kantan,hiris halus

6 tangkai daun kesum,dipetik daun nya

2 biji buah tomato,dibelah 4

80 gm asam java,diramas dengan 1/2 cawan air dan tapis.

2  cube ikan bilis,jika suka

3 cawan air

1/2 cawan minyak

Garam gula secukup rasa

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering,buang biji dan direndam
Saya guna cili kering yang besar seperti di dalam gambar. Guna 10 tangkai
je. Tak pedas tapi cantik merah nya

20 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

7 batang serai

20 gm belacan

30 gm kunyit hidup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Tuangkan air ,air asam java,gula,garam dan cube ikan bilis jika guna.

2. Biarkan mendidih dan mereneh hingga naik minyak. Masukkan ikan,tomato, daun kesam dan bunga kantan. Mereneh hingga ikan masak.












 

Friday, November 22, 2013

PUTU TEPUNG ATTA



PUTU TEPUNG ATTA 


 

250gm Tepung atta, disangai sampai wangi, sejukkan

100gm  Kelapa,parut

Air dan garam secukupnya

1. Gaul dan ramas air yang di campur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung dengan hujung jari hingga adunan kelihatan seperti serbuk roti yang basah.(nak gaul ini kena pandai)

2. Kukus selama 10 mint sejukkan. Gaul dengan sedikit lagi air. Kacau rata kukus lagi selama 10 mint sejukkan

3. Gaul dengan kelapa dan sedikit lagi air dan masukkan kedalam acuan putu dan kukus selama 15 mint lagi. Boleh di-hidangkan dengan gula
 
Nota: Jika tak ada acuan putu seperti dalam gambar boleh guna acuan kuih lompang.

 


Thursday, November 21, 2013

PUTU UBI KAYU ( PUTU HALBA )



PUTU UBI KAYU

1 kg ubi kayu,buang kulit dan parut (jangan parut kasar) masuk ke dalam kain maslin dan perah hingga betul2 kering.
 Deraikan dalam talam dan biarkan selama 1-2 jam untuk mengeringkan air. Kacau dan gaul menjadi derai.

1/2  sudu makan halba

Gula Melaka secukup nya,diracik halus

Kelapa parut gaul dengan garam,secukup nya

Pinggan plastik

Kain muslin potong kecil untuk mengalas pinggan


1. Panaskan air dalam periuk kukus. Campurkan halba dalam ubi kayu. (ada juga orang campur garam dalam ubi tapi saya tak suka )

2. Alas pinggan dengan kain muslin, masukkan separuh ubi kayu ke dalam pinggan .Letakkan inti gula Melaka tutup kembali dengan
ubi kayu. Balut dengan kain dan telengkupkan  ke dalam tray pengukus dan kukus selama 20 minit atau hingga masak. Hidangkan panas2 dengan kelapa .







 

Tuesday, November 19, 2013

MI HOKKIEN



MI HOKKIEN

500 gm mi kuning

150 gm isi ayam.potong nipis

150 gm udang,buang kulit

150 gm sotong,potong

150-200 gm sawi,potong

5 ulas bawang putih,tumbuk kasar

3 sudu makan minyak

Bahan sos (campur sekali)

21/2 s/m kicap pekat

1 s/m kicap cair

1 s/m sos tiram

2 s/t gula

1/2 s/t garam

1/4 s/t serbuk lada hitam

2 s/t tepung jagung

Sedikit serbuk perasa

1 cawan air

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik Wangi nya.

2. Masukkan ayam,udang dan sotong goreng hingga ayam masak.

3. Tuangkan sos dan kacau rata. Biarkan mendidh . Masukkan mi dan kacau rata. Last masukkan sawi dan kacau rata.  Hidangkan panas2 bersama dengan sambal belacan.










 

Monday, November 18, 2013

MEE LAKSA GORENG

 
 MEE LAKSA GORENG


 200gm mee laksa kering,direndam sampai lembut,tuskan dan rebus dengan sedikit minyak sampai masak dan dituskan.

100gm udang

100gm isi ayam,hiris

100gm tauge

40gm kuchai

2 biji telur digoreng hancur

4 biji bawang putih,tumbuk kasar

2 sudu teh serbuk cilli

1 sudu besar kicap pekat

Sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa

1 sudu makan sos tiram

1 cawan air

Garam secukup rasa.

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing masukan udang dan isi ayam goreng hingga ayam masak.

2. Masukan serbuk cilli ,kicap dan air  dan biakan mendidih. Masukkan mee dan kacau hingga Kering, masukkan tauge,telur dan kuchai kacau rata. Hidangkan



Friday, November 15, 2013

BUTTER CRAB DENGAN TELUR MASIN

 
 
 
BUTTER CRAB
 
 
1 kg ketam,cuci dan potong 2,buang kaki.Ambil penyepit dan rebus hingga masak. Dan hancurkan sedikit kulit nya supaya mudah nak makan. Ketepikan
 
 
1 cawan tepung ubi
 
 
4 biji telur masin, rebus hingga masak,ambil kuning nya sahaja dan leyek hingga hanchur.
 
5 tangkai cili padi,potong
 
2 tangkai daun kari
 
4 sudu besar mentega
 
1/4 cawan susu cair
 
Gula dan garam secukup rasa
 
Minyak untuk mengoreng.
 
1. Panaskan minyak, bila minyak sudah panas ambil ketam dan toss dalam tepung dan goreng hingga perang. Ketepikan
 
2. Panaskan mentega dalam kuali  dan tumis daun kari dan chili padi hingga wangi. Masukkan telur dan kacau rata.
 
3. Tuangkan susu dan kacau rata masak gula dan sedikit garam kacau rata dan biar ia mendidih. Masukkan ketam dan kacau rata. Tutup api, angkat dan hidangkan  dengan nasi.
 

 
 


Wednesday, October 23, 2013

KEK KOPI WALNUT


 
 
KEK KOPI WALNUT
 
90 gm mentega
 
180 gm gula castor
 
100 gm telur,yang telah dipukul
 
1/2 cawan air kopi,serbuk kopi 3 in 1(1 pkt) dengan air suam.
biarkan sejuk
 
1 s/t vanilla
 
100gm kacang walnut cincang halus
 
Ayak bersama
 
150 gm tepung gandum
 
1/2 s/t penuh  baking powder
 
1/2 s/t penuh baking soda
 
Griskan tin cake bulat 15cm dan Alaskan dasarnya dengan kertas.
 
1. Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil terus memukulnya.
 
2. Masukkan (jangan putar)gunakan sudu campuran kopi bersilih ganti dengan tepung (sepertiga bahagian setiap kali) ke dalam campuran mentega. Masukkan vanilla dan walnut. kacau rata dan tuangkan ke dalam tin.
 
3. Bakar di-dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 160c bakar hingga masak.
 

 
 
 

Thursday, October 10, 2013

MEE REBUS


MEE REBUS

Bahan kuah nya

500 gm ubi keledek,direbus hingga masak

200 gm tomato masak

200 gm kacang tanah goreng,tumbuk lumat

200 ml sos tomato

30 gm asam java, (atau secukup rasa)diramas dengan 100 ml air dan tapis

2 cube stock ayam

Sedikit serbuk perasa

300-400 gm isi ayam/udang yang dibuang kulit/daging hiris nipis

1.5 litre air atau air rebusan tulang ( kuah ini pekat kalau suka kuah cair tambahkan air)

Garam,gula secukup rasa (biar cukup rasa masam manis nya)

6 -7 s/m minyak

Bahan kisar


10 tangkai chili kering,buang biji dan rendam ( saya guna chili kering yang besar tak pedas warna pun cantik)
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1cm lengkuas
1 s/m serbuk chili
1/2 s/m serbuk kunyit


1. Blend ubi,tomato,kacang dengan sedikit air hingga hancur. Campurkan dengan air asam java dan air kacau sebati dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan ayam atau udang atau daging. Kacau hingga sebati.

3. Tuangkan air campur tadi,gula,garam dan stock ayam  dan kacau rata. Biarkan ia mendidih se lama 15 mint dengan api perlahan. atau sampai naik minyak sedikit. Kalau rasa kuah pekat masuk sedikit lagi air. Tapi suaikan rasa dengan garam dan gula lagi.(Saya suka kuah pekat). Ketepikan dulu kuah nya.

Bahan cucur

1 cawan tepung naik sendiri

2 s/m tepung beras

1/2 s/t baking powder

1/2 cube stock ayam

1/4 s/t serbuk kunyit

2 biji bawang besar,hiris halus

Garam dan gula secukup rasa
 

1. Campurkan semua bahan diatas dengan sedikit air menjai doh yang pekat. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.


Bahan untuk hidang bersama mee rebus:

1.5 kg mee kuning

Telur rebus

Timun

Tauge

Tau foo goreng

Chili merah














 

Wednesday, October 9, 2013

KEK MOIST PANDAN



KEK MOIST PANDAN
 
 
90 gm mentega
 
180 gm gula castor
 
100 gm telur,yang telah dipukul
 
1/2 cawan jus pandan,blend 5 helai daun pandan dan campur
dengan air.
 
1/2 s/t warna hijau,campurkan dalam jus pandan.
 
 
Ayak bersama
 
150 gm tepung gandum
 
1/2 s/t penuh  baking powder
 
1/2 s/t penuh baking soda
 
 
Griskan tin cake bulat 15cm dan Alaskan dasarnya dengan kertas.
 
 
1. Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil terus memukulnya.
 
2. Masukkan (jangan putar)gunakan whisk campurkan jus pandan bersilih ganti dengan tepung (sepertiga bahagian setiap kali) ke dalam campuran mentega. Masukkan vanilla dan walnut. kacau rata dan tuangkan ke dalam tin.
 
3. Bakar di-dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 160c bakar hingga masak.



 

Tuesday, October 8, 2013

LABU KUNING MASAM MANIS





LABU KUNING MASAM MANIS Ini boleh digantikan dengan Terong panjang. Terong digaul dengan kunyit dan di goreng dahulu.Sebelum di campur dengan  kuah nya.


250gm labu kuning,jangan buang kulit,potong cube.

100gm asam java di-ramas dengan

1 cawan air.

11/2 cawan

5-6 sudu besar gula

1 sudu teh paste halia

1 sudu teh paste bawang putih

1 sudu besar serbuk cilli

1/8 sudu teh asafoetida (ini untuk buang angin buah labu,kalau tak ada pun tak apa)
Garam se cukup rasa.

Bahan tumis

1 bawang besar,mayang

2-3 tangkai lada kering

2 kuntum bung lawing

2 batang kayu kulit manis

1 sudu teh biji sawi

1 sudu teh  ulutam paruppu

2 tangkai daun kari

4-5 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga wangi bau nya.

2. Masukkan paste halia, bawang putih dan sedikit air goreng hingga garing.

3. Masukkan labu,air,air asam java,serbuk cilli, gula,garam dan serbuk asa kacau rata.


4. Biarkan mendidih hingga kuahnya pekat dan labu masak dan hancur sedikit.





Monday, October 7, 2013

MANGA MASAK MASAM MANIS



MANGA MASAM MANIS


250gm manga muda dipotong dengan kulit nya.

1sudu teh pes halia

1 sudu teh pes bawang putih

2 sudu teh serbuk cilli

5 sudu besar gula

11/2 sudu teh garam

1 cawan air

Bahan tumis

1 biji bawang besar,hiris halus

1 batang kayu kulit manis

2 kumtum bunga lawing

2 tangkai daun kari

1/2 sudu biji sawi

3-4 sudu besar minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga bawang garing.

2. Masukkan paste halia dan paste bawang putih goreng dengan sedikit air.Tumis hingga
hilang bau halia dan bawang putih.

3. Masukkan manga,serbuk cilli,gula,garam dan air.

4. Masak hingga kuah pekat dan manga masak.