Showing posts with label Masakkan cina. Show all posts
Showing posts with label Masakkan cina. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

STEW UBI KENTANG DENGAN TAUFOO.



STEW UBI KENTANG DENGAN TAUFOO

600 gm ubi kentang,buang kulit dan potong cube.

600 gm tau foo,potong cube

30 gm bawang putih,dicengang

20 gm halia,dicengcang

½ s/t serbuk lada hitam

1 s/t serbuk five spice (serbuk lima beradik )*

1/4 cawan kicap pekat manis

2 s/m gula

1 s/m tepung gandum,campurkan dengan sedikit air menjadi pes.

31/2 cawan air

Garam secukup rasa

3 s/m minyak

1.    Goreng ubi sampai masak dan ketepikan. Goreng tau foo dan ketepikan.

2.    Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan garing.


3.    Tuangkan air dan masuk,serbuk five spice,serbuk lada hitam,kicap dan gula kacau rata dan biarkan sampai mendidih.
4.    Masukkan pes tepung dan kacau sebati dan rasa dulu sebelum masuk garam.

5.    Masakkan ubi dan tau foo dan bairkan kan mendidih sebentar. Hidangkan dengan nasi panas.

Nota: serbuk five spice boleh dibeli di supermarket atau pun di kedai runcit cina.














Saturday, August 5, 2017

CHAI BOEY



CHAI BOEY

Untuk resipi ini anda boleh menggunakan lauk lebihan semalam seperti ayam goreng,daging bakar,kfc atau pun ayam masak kicap ambil daging sahaja, saya guna lebihan roast chicken.

500 gm roast chicken lebihan semalam.

400 gm sayur sawi pahit ( saya tak tahu nama sayur dalam bahasa melayu (lihat gambar) dipotong.

150 gm carrot, dihiris nipis

2 tomato besar, dipotong 4

50 gm bawang putih,dibelah 2

150 gm bawang besar, dihiris

10 chilie kering, dipotong

2 chilie merah, dihiris, jika anda suka

6 keping asam gelugor

2 kiub ayam

1 s/m kicap pekat manis

2-3 s/m minyak

2 liter air (8 cawan)

1. Panaskan minyak masuk bawang, bawang putih, chili merah dan goreng kering hingga naik wangi.

2. Masukkan air, kicap pekat, asam gelugor, kiub ayam dan garam secukup rasa.

3. Masukkan daging,sawi, carrot dan tomato kacau dan biarkan masak sehingga sayur-sayuran masak. Hidangkan dengan nasi panas.














Monday, January 23, 2017

BISKUT WALNUT CINA




BISKUT WALNUT CINA

Resipi asal dari Amy Beh

125 gm gula castor

1 cawan minyak

60 gm kacang walnut,cencang

(A)

300 gm tepung

1 s/t serbuk penaik

11/2 s/t soda bikarbonat

¼ s/t ammonia

1 s/t garam

Untuk sapu atas:

2 biji kuning telur,dipukul

Sedikit bijan,jika suka

1. Ayak (A) ke dalam mangkuk adunan. Masuk gula dan walnut yang di cencang gaul rata. Tuangkan minyak dan uli menjadi doh yang lincin.

2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian 60 gm. Betuk bulat dan tekan kebawah sedikit menggunakan ibu jari di tengah nya.

3. atur biskut di-atas dulang yang di sapu dengan sedikit minyak. Sapu biskut dengan kuning telur dan tabur dengan sedikit bijan. Bakar dalam oven ketuhar yang bersuhu 170c selama 25 atau 30 minit atau sehingga perang. Sejukan dan simpan dalam tin.