NASI,MEE ~RICE AND NOODLES


BIHUN GORENG TAUFOO
300gm bihun,direndam sampai lembut tuskan
2 keping taufoo,digoreng dan potong 4
140gm ayam,
60gm lobak merah,dimayang
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih,cencang halus
1 biji bawang besar,mayang
2-3 sudu besar minyak
1 cawan air
Garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi masukkan bawang putih. Tumis hingga karing.
2. Masukkan ayam,taufoo,sos,garam dan air biarkan sampai air mendidih. Masukkan bihun and gaul rata
sampai air kering. Masukkan lobak merah.Dan gaul rata hidangkan.



NASI PUDINA

Nasi pudina ini ada banyak cara memasaknya. ini ada lah satu dari pada nya. Saya akan upload kan lagi cara lain.

600gm   Beras basmathi,rendam 1 jam,tuskan
130gm   Daun pudina,cencang
2 biji      Tomato,cencang
200ml    Susu cair
800ml    Air
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
1    sudu teh Serbuk jintan manis
1    cube stock Ayam,kalau suka
Garam secukup rasa
Gajus
Bahan2 kisar sampai lumat

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 cm haila
2 biji chili hijau

Bahan2 tumis

4 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu kulit manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar,mayang

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga wangi dan bawang garing.
2. Masukkan daun pudina dan tomato masak sampai tomato hancur
3. Tuangkan ke dalam periuk electric rice cooker. Masuk beras,susu,air,bahan gilling,garam,serbuk jintan,cube ayam kalau guna dan serbuk kunyit kacau rata.
4. Masak dengan rice cooker sampai masak. Bila sudah masak tabur dengan gajus,bawang goreng,kismis dan hidangkan.




BAHAN2 UNTUK NASI BIRYANI


LAUK  NASI BIRYANI


SINDHI BIRYANI
SINDHI BIRYANI

Di-India ada 100 macam biryani dan ini ada lah 1 dari pada nya. Nanti saya akan uploadkan rec biryani lain. Terima Kasih kapada GEETA JAYABALAN daripada CULINARY CAPERS

1   ekor   Ayam,buang kulit dan potong besar.
4   biji     bawang beasr,mayang
5   biji     Lada hijau,belah 2 dan potong 2
3   biji     Tomato,cencang
50 gm     Daun pudina,cencang
50 gm     Danu ketumbar
1 cawan  Tairu,pekat
1/2 cawan paste bawang putih
1/2 cawan paste halia
11/2 cawan minyak sapi & minyak
2 cube stock ayam,Kalau suka
Garam secukup rasa.

Masala Biryani

10 kuntum bunga cengkin
10 biji buah pelaga
3   sudu teh jintan manis
3   batang kayu kulit manis
1/2 biji buah pala
1 sudu lada hitam
8 sudu teh serbuk chilli
Kisar semua bahan2 di-atas dan ayak atau pun boleh di-gilling sampai lumat.

1. Panaskan minyak goreng bawang hingga garing. Masukkan paste halia dan paste bawang putih dan goreng hingga wangi.
2. Masukkan ayam goreng sampai garing sedikit masuk masala biryani, tomato,tairu,cube ayam (kalau guna) dan garam kacau rata.
3.Selepas 5 mint masuk chilli hijau,daun pudia,daun ketumbar dan air kacau rata. Biar mendidih dengan api yang perlahan. Masak hingga pekat. Suaikan rasa.Ketepikan,Masak nasi.

Menyediakan Nasi

300gm  Beras basmathi,direndam 1 jam basuh dan tuskan.
4-5 sudu besar minyak sapi
20gm daun pudina,cencang
20gm daun ketumbar,cencang
100gm gajus
50gm kismis
1 batang labuk merah,potong cube,kalau suka
1 cube stock ayam kalau suka
200ml susu cair
500ml air
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak sapi tumis bawang hingga garing. Masukkan kayu kulit manis,cengkih dan buah pelaga di-dalam periuk elektrik yang diletak di-atas api.
2. Masuk paste halia dan bawang putih goreng hingga garing. Masukkan air,susu,garam dan cube ayam. Kacau rata.
3. Masuk beras,daun pudina,daun ketumbar,gajus,kismis dan lobak merah kacau rata. Angkat periuk elektrik dan masuk dalam bekas nya dan masak dengan electrik. sampai masak.

Bahan2 Tabur

60gm daun pudina
150gm gajus goreng dibelah dua.
150gm bawang goreng
3 biji ubi kentang,buang kulit,potong dan goreng
150 gm kachang pea

1.Dalam periuk lain. Ambil 2-3 senduk nasi dan ratakan di-dalam nya.
2 (A).Ambil ayam yang telah dimasak tadi 2-3 ketul dan letakkan di-atas nasi curakan sedikit kuahnya. Tabur sedikit daun pudina,gajus,bawang goreng,ubi kentang dan kacang peas.
3. Tutup dengan 2-3 senduk nasi dan ulangi langkah (A) hingga habis nasi dan lauknya.
4. Tutup periuk dan masuk dalam ketuhar 180c selama 1 jam. Hidangkan



BERAS BASMATI  ini tidak ditanam di-negara ini tetapi diimport dari India. Beras ini sesuai untuk memasak nasi beriani,tomato dan lain2. Sebelum memasak beras ini rendam 1 jam.



BIRYANI AYAM BEEROOT





BIRYANI AYAM BEETROOT

300gm beras basmathi,di-rendam 1/2 jam,tuskan.
200gm Beeroot,potong cube.

500gm ayam,potong dan di gaul dengan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cilli
1 sudu teh serbuk garam masala atau serbuk biryani.
Garam secukup rasa dan ketepikan

Bahan Tumis

1 biji bawang besar,mayang
2 batang kayu kulit manis
2 kumtum bunga lawang
2 tangkai cilli hijau
1 sudu teh paste halia
1 sudu teh paste bawang putih
2 biji tomato

800ml air rebusan tulang ayam atau air
1 cube stock ayam,kalau suka
1 sudu teh serbuk garam
20 gm daun pudina

Masak dengan periuk eletrick

1. Tumis bawang,kayu kulit manis,lawang,cilli dengan minyak sapi hingga bawang garing.
2. Masukkan paste dan kacau sebentar. Masukkan tomato dan kacau hingga tomato hancur.
3. Masukkan ayam,air,stock dan daun pudina kacau. Dan biarkan mendidih.
4. Bila mendidih kacau dan biarkan ayam masak sedikit.Keluarkan ayam dari kuahnya.
5. Masukkan beras dan beetroot. Kacau rata suaikan garam.Aturkan ayam di-atas beras dan masak sampai masak. Biarkan sejuk  sebelum memhidangkan nya.










Add caption

.
BIRYANI KAMBING,Recipe nya sama dengan biryani ayam, 1kg daging kambing dipotong besar dan di rebus sampai empuk,air diguna untuk masak nasi.


NASI MINYAK
NASI MINYAK

Nasi minyak ini ada lah satu dari pada 30 cara  memasaknya mengikut kaum orang India. Ada juga yang berwarna kuning.
300gm   Beras basmathi.di-rendam 1 jam,tuskan
625ml    Air
125ml    Susu sejat
Garam secukup rasa

Bahan2 Tumis

1 biji bawang besar,mayang
3 biji bawang putih,tumbuk
2 cm halia,tumbuk
2 cm kayu kulit manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu besar minyak sapi

Bahan2 tabur

150 gm gajus,goreng
100 gm Kismis
100 gm Kachang peas
Bawang goreng secukup nya

1. Panaskan minyak sapi,tumis bawang dan rempah ratus di-dalam periuk nasi eletrik yang di-letak atas api.
2. Masukkan halia dan bawang putih tumis hingga garing
3. Masukkan air,susu,garam dan beras kacau rata dan tutup periuk  dan angkat  periuk dari api dan masuk dalam bekas  eletrik nya. Bila sudah masak tabur dengan bahan2 tabur dan hidangkan



NASI LEMON


NASI LEMON

200gm   Nasi,sejuk
1 biji Buah Lemon,ambil jus nya,boleh di gantikan dengan jus limau nipis.
Garam secukup rasa


Bahan2 tumis

2 biji lada kering,dipotong 3
atau 2 biji lada hijau
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh ulutham dhall
2 sudu besar kadalai paruppu
1 tangkai daun kari
1/4 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar minyak
Sedikit air kalau perlu
Garam secukup rasa
Gajus untuk di-tabur

Tumis bahan diatas dengan minyak hingga wangi. Masukkan juice dengan sedikit air,garam dan serbuk kunyit. Kacau sebentar campur nasi gual rata. Goreng hingga kering. Tabur gajus dan hidangkan.







NASI LEMON

NASI TOMATO


NASI TOMATO

Nasi tomato ini pun ada banyak variasi. Ini ada lah satu dari pada nya.

300gm beras basmathi,rendam 1 jam basuh dan di-tuskan
400ml air
100ml susu cair
1/2 cawan tomato puree
1 cube stock ayam,kalau suka
20gm daun pudina,cencang
Gajus & Kismis & Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa

Bahan2 Tumis

4-5 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar,mayang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu kulit manis
3 biji buah pelaga
1sudu teh paste halia
1sudu teh paste bawang putih

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi eletrik di-letak di-atas api, tumis bawang dan rempah ratus hingga bawang garing. Masuk paste dan goreng  hingga wangi baunya.
2. Masukkan beras,garam,tomato puree,susu,air,daun pudina dan cube ayam kalau guna.
3. Angkat periuk dan masuk ke-dalam bekas nya. Kacau rata dan masak. Bila sudah masak tabur dengan gajus,bawang goreng dan kismis. Hidangkan
NASI TOMATO

NASI KELAPA (THENGAI SAADAM)
 NASI KELAPA

200gm Nasi
1 1/4 cawan kelapa parut

Bahan2 Tumis

4-5 sudu besar minyak atau minyak sapi
3 biji lada kering atau 3 biji lada hijau potong 4
1 sudu teh biji sawi
11/2 sudu ulutham paruppu
2 sudu teh kadalai paruppu
1 sudu teh jintan manis
2 tangkai daun kari
100gm gajus
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

1. Panaskan minyak masuk lada hijau atau lada kering ,biji sawi,paruppu2,jintan manis,daun kari dan gajus. Goreng terus masuk air dan garam masuk kelapa dan kacau rata goreng hingga wangi. Masuk nasi dan goreng hingga kering. Hidangkan

NASI KELAPA


NASI JEERA -1

NASI JEERA-1  Ini sebenar nya nasi jintan manis,selalu nya di masak dengan air tapi saya suka masak dengan santan.Nasi ini ada banyak variasi.


1 cawan beras basmathi,rendam 1 jam,tuskan
21/2 cawan santan atau air

Bahan2 tumis

1 biji bawang besar,mayang
1 sudu teh paste halia
1 sudu teh paste bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3-4 sudu besar minyak
1 cube stock ayam kalau suka
Gajus dan kismis untuk di-tabur

1. Panaskan minyak sapi,tumis bawang hingga garing. Masukan bahan yang lain tumis hingga wangi. Dalam periuk elektrik yang di-letak di-atas api.
2. Masukkan santan atau air dan beras kacau rata angkat periuk masuk ke dalam bekas nya. Masak dengan eletrik sampai masak. Tabur dengan gajus dan kismis. Hidangkan.

NASI JEERA



NASI JEERA-2



NASI JEERA-2
2 cawan beras basmathi,direndam 1 jam,tuskan
1/2 kacang peas
1 sudu besar jintan manis
4 cawan air atau santan
4 sudu besar minyak sapi
1 tangkai cilli hijau
1 biji bawang besar,mayang
Garam secukup rasa

1. Tumis bawang,jintan manis dan cilli dengan minyak sapi hingga naik baunya dalam periuk nasi eletrick
2. Masukkan beras,air,kacang dan garam kacau rata.
3. Masak hingga nasi masak. Hidangkan dengan kari.
NASI JEERA-2
PULI SANDAM (NASI ASAM JAVA)




PULI SANDAM


150gm beras,dimasak nasi dan sejukan
60gm kacang tanah,digoreng,ketepikan
1/4 cawan air asam java.
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh asafoetida,kalau ada
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa.

Bahan2 Tumis

2 tangkai lada kering
1  sudu teh biji sawi
1 sudu ulutham paruppu
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak

 Panaskan minyak ,tumis bahan2 hingga naik bau nya. Masukkan air asam java,serbuk kunyit,garam.gula dan serbuk asafoetida. Biarkan didihkan hingga naik minyak. Padamkan api dan masukkan nasi dan kacang gaul rata. Biarkan 1/2 jam sebelum dihidangkan.







KICHIDI SAYURAN
 KICHIDI SAYURAN

1 cawan beras basmathi,direndam 1 jam,tuskan
1/4 cawan kacang dal,direbus 1/2 masak dan tuskan air disimpan.
1/4 cawan kacang kuda,rendam 5-6 jam,rebus 1/2 masak,tuskan air nya disimpam.
100gm ubi kentang,didadu
100gm labak merah,didadu
1 biji tomato,dicencang
50gm kacang pea
1 sudu besar minyak sapi
2sudu besar minyak
1 biji bawang besar,mayang
2cm halia,tumbuk kasar
3 ulas bawang putih,tumbuk kasar
2 tangkai daun kari
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh serbuk kari
1/4 sudu teh garam masala
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 cube  ayam ,kalau suka
21/2 cawan air & air rebusan
Garam secukup rasa
Bawang goreng dan gajus

1. Panaskan minyak sapi,minyak tumis daun kari,bawang besar hingga garing masukkan bawang putih dan halia goreng hingga wangi dan garing .Masuk tomato kacau rata.
2.Masukkan sedikit air dan masuk serbuk2 kacau rata. Masuk kacang dhall dan kacang kuda kacau rata.
3. Masukkan semua sayur dan beras kacau rata. Tuangkan air. Alihkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa. Tabur dengan bawang goreng dan gajus. Hidangkan





NASI LEMAK MALARVENI


NASI LEMAK MALARVENI



Nasi lemak ini sebenar nya nasi lemak Sri Lanka oleh kerana anak saudara yang bernama malarveni yang selalu memmasak-nya jadi saya namakan  nasi lemak malarveni.

1 kg beras kualiti yang baik,dibasuh dan tuskan.
4 cawan air
4 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan2 Tumis

15 biji bawang merah
4 biji bunga cen
2cm kayu kulit manis
6 biji buah pelaga
2cm halia,mayang
5 batang serai
2 tangai daun kari
Minyak secukup nya

1. Panaskan minyak tumis bahan2 tumis di-dalam periuk nasi elektrik yang di-letak diatas api. Sampai bawang garing.
2. Masukkan santan dan air bersama garam dan kunyit. Kasau rata biar mendidih.
3. Masukkan beras kacau dan tutup. Masak sampai air kering. Hidangkan bersama sambal ikan billis dan ulam timun dan telur rebus.



NASI LEMAK






BAHAN2 UNTUK SAKARAI PONGAL

SAKARAI PONGAL

SAKARAI PONGAL

 Ini ada lah cara mudah untuk memasak nasi pongal. Gula perang boleh di gantikan dengan gula. Nasi pongal ini banyak variasi. Rec pongal nangka sama dengan rec ini hanya gantikan gula perang dengan gula. Nasi pongai selalunya di-masak di hari PONGAL

150gm beras
30gm kacang hijau,tanpa kulit,disangai sampai perang dan direndamkan.
500ml air
70gm gula perang, dicairkan dengan sedikit air dan tapis.

Masak nasi dengan beras campur kacang hijau dengan periuk nasi elektrik. Bila nasi sudah masak (mesti kena ada air lagi). Kacau dan masuk 80ml air lagi dan angkat periuk dari bekasnya dan letak atas dapur api. Masuk gula perang dan masukkan bahan2 di-bawah

30gm kelapa parut
25gm kismis
25gm gajus
1 sudu besar tepung susu
10 biji buah pelaga,buangkan kulitnya dan tumbuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak sapi
Garam secukup nya

Kacau sampai nasi menjadi pekat. Ang kat dan sejukkan. Nasi ini akan menjadi keras bila sejuk ..



PONGAL NANGKA

NASI BEETROOT





NASI BEETR
300gm beras basmathi.rendam 1 jam,tuskan
200gm isi daging ayam, kalau suka
200gm beeroot,potong cube kecil
500ml air rebusan tulang ayam atau santan
Garam secukup rasa.

Bahan Tumis

1 biji bawang besar,mayang
2 tangkai cilli hijau,belah 2
2 tangkai daun kari
1 batang kayu kulit manis
1 kumtum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2-3 sudubesar minyak

(A)
1 sudu teh paste halia
1 sudu teh paste bawang putih

1. Panaskan minyak dalam periuk nasi eletrick dan tumis bahan tumis hingga wangi dan bawang garing.
2. Masukkan paste dan kacau rata sebentar. Masukan ayam dan kacau rata. Bila ayam sudah nampak masak.
3. Masukkan beetroot dan air,garam  dan beras kacau rata. dan masak hingga nasi masak. Hidangkan












NASI GORENG CINA



NASI GORENG CINA

300 gm nasi sejuk
150 gm isi ayam
100 gm sayur campur
2 biji telur,digoreng hancur
4 ulas bawang putih,tumbuk kasar
1/3 sudu serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
5 sudu besar air
Sedikit bawang goreng
11/2 minyak masak

1. Panaskkan minyak dan tumis bawang putih hingga garing masuk ayam dan goreng sebentar.
2. Masukkan air dan kacau rata biarkan ayam masak. Masukkan sos tiram,lada hitam,kicap cair dan kacau rata.
3. Masakkan nasi dan sayur campur kacau sampai sebati. Masukkan telur dan bawang goreng.
4. Kacau dan goreng hingga masak. Hidangkan.





NASI AYAM CLAYPOT







NASI AYAM CLAYPOT


Nasi ayam claypot ini masakkan cina,terkenal di-Kampar,Perak. Kalau tak ada periuk tanah gunakan periuk nasi elektrik.


300gm beras siam,dibersih dan tuskan
500gm  daging paha ayam,dipotong kecil
750 ml  air rebusan ayam,atau air dicampur dengan 1 cube  stock ayam.
20gm  cendawan shitake,direndam sampai kembang dan potong
3cm  ikan kering masin,dipotong nipis dan digoreng.

Bahan2 perap ayam

20ml kicap cair
20ml sos tiram
10ml kicap pekat
10ml minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes halia

Gaulkan ayam dan cendawan dengan bahan2 perap dan ketepikan selama 30mint.

1. Masak air rebusan dalam periuk tanah,bila mendidih masukkan 2 sudu besar minyak dan masukkan beras.Kacau rata tutup periuk dan jerang di-atas api sehingga mendidih. Buka penutup mangkuk,kacau kemudian kecilkan api dan biarkan hingga air 1/2 kering.
2.  Masakkan ayam dan cendawan yang diperap tadi ke dalam mangkuk tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak dan daging ayam empuk.Padamkan api.
3.  Taburkan ikan kering ke atas nasi dan biarkan selama 10 minit lagi kemudian baru digemburkan nasi supaya tidak berketul. Taburkan daun bawang dan cili merah. kemudian hidang panas2. 










MEE HAILAM SIMPLE

MEE HAILAM SIMPLE


500gm mee kuning
150gm udang,buangkan kulitnya
200gm daging ayam,potong kecil2
4-5 tangkai sawi hijau,dipotong
5 ulas bawang putih,tumbuk kasar
1 tangkai lada merah
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh  serbuk lada sulah
2-3 sudu besar minyak
11/2 cawan air rebusan tulang ayam.
Kalau tak ada air rebusan tulang gantikan dengan 11/2 air dan
1 cube stock ayamang
Garam dan sedikit gula untuk rasa.

1. Panaskan minyak di-dalam kauli dan tumis bawang putih dan lada merah. Hingga garing dan  naik bau nya.
2. Masukkan ayam  dan kicap goreng sebentar hingga ayam masak. Masukkan air dan udang .
3. Biarkan mendidih masukkan mee dan kacau sehingga pekat kuah nya.
4. Masukkan sawi dan gaul rata. Tutup kuali sebentar. Hidangkan panas-panas dengan sambal belacan.



MEE HAILAM SIMPLE


MEE GORENG KICAP


MEE GORENG KICAP

6OO gm mee kuning
200 gm udang
6-7 batang sawi
4 ulas bawang putih,tumbuk kasar
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1/3 sudu serbuk lada hitam
1/3 sudu gula
1/2 cawan air
Garam kalau perlu

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putin hingga garing.
2. Masukkan udang,sos tiram kicap,lada hitam,gula kacau rata.
3. Masukkan air biar kan mendidih.
4. Bila air mendidih masaukkan mee dan goreng hingga kering. Masukkan sawi dan kacau rata. Boleh di hidangkan.






BIHUN GORENG HAILAM



BIHUN GORENG HAILAM


300 gm bihun,rendam sampai lembut.dituskan
150 gm isi daging ayam
150 gm udang
4 batang sawi
4 ulas bawang putih,tumbuk kasar
2 sudu teh kicap cair
2 sudu kicap pekat
1/4 sudu serbuk lada sulah
2 cawan air rebusan tulang ayam
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan ayam,udang,serbuk lada sulah,kicap goreng sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan bihun dan kacau hingga kering,masukkan sawi dan kacau rata. Hidangkan







MEEHUN HAILAM

MEE HOKKIEN


MEE HOKKIEN

500 gm mee kuning
150 gm undang
1/4 sudu teh minyak bijan
1/4 sudu teh lada sulan
1/4 sudu teh gula
1/2 sudu besar kicap cair
5 ekor sotong berukuran kecil,dipotong
4 tangkai sawi
6 keping kek ikan,dihiris
4 biji bawang merah,dihiris
5 ulas bawang putih di-tumbuk


1 sudu teh gula
2 sudu besar kicap pekat
2 cawan air rebusan ayam
2-3 sudu besar minyak

  Perasakan udang dan sotong dengan gula,minyak bijan dan kicap cair. Panaskan minyak di-dalam kuali dan tumis bawang merah sehingga kekuning-kunigan. Tuskan dan ketepikan.
  Panaskan semula kuali dan masukkan bawang putih,udang,sotong dan kek ikan. Masukkan sawi  dan goreng segera selama beberapa saat. Masukkan mi dan goreng selama 2 mint. Campurkan air rebusan ayam,kicap pekat dan gula. Kacau sehingga rata,tutup kuali dan biarkan mendidih. Renihkan beberapa minit sehingga kuah kering sedikit. Buka penutup kuali,taburkan bawang goreng .Hidangkan panas-panas bersama dengan sambal belacan




MEE HOKKIEN





KOAY TEOW PENANG

KOAY TEOW PENANG


600gm koay teow
300gm udang
100gm kerang
150gm tauge
100gm kuchai
3 biji telur,goreng hancur,ketepikan

1 sudu besar bawang putih tumbuk
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar paste cili\
1/2 sudu teh kicap pekat
Sedikit air
3 sudu besar minyak
Garam dan lada sulah secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bawang puthing hingga garing,masukkan udang,kerang dan goreng sebentar.
2. Masukkan air dan koay teow kacau rata dengan api yang besar,masukkan paste cilli,kicap,lada sulah dan kacau sebati. goreng sebentar. Masukkan telur, kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan tauge dan kuchai kacau rata. Hidangkan panas-panas
KOAY TEOW PENANG

KOAY TEOW HAILAM

KOAY TEOW HAILAM

300gm koay teow
1/4 sudu teh kicap pekat
100gm isi ayam,hiris
50gm udang
50gm kubis cina
20gm lobak merah

2 ulas bawang putih,tumbuk
1/4 sudu teh kicap pekat
1/4 sudu teh lada sulah
11/2 cawan air rebusan tulang ayam
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur.
2 sudu besar minyak

1. Panaskkan sedikit minyak dan goreng koay teow dengan kicap pekat. kacau rata,goreng sebentar.ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga garing.
3. Masukkan udang,isi ayam,kicap,lada sulah goreng sebentar. Tuangkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4. Bila mendidih masukkan sayur dan Koay teow goreng tadi kacau rata pekatkan dengan tepung jagung.
5. Masukkan telur dan kacau rata. Biarkan sebentar. Hidangkan Panas-panas.

KOAY TEOW HAILAM




MEE LAKSA GORENG




MEE LAKSA GORENG
 200gm mee laksa kering,diendam semalam,tuskan dan rebus dengan sedikit minyak sampai masak dan dituskan.
100gm udang
100gm isi ayam,hiris
100gm tauge
40gm kuchai
2 biji telur digoreng hancur

4 biji bawang putih,tumbuk kasar
2 sudu teh serbuk cilli
1 sudu besar kicap pekat
1 cawan air rebusan tulang ayam
Garam secukup rasa.

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing masukan udang dan isi ayam goreng hingga ayam masak.
2. Masukan serbuk cilli ,kicap dan air rebusan ayam dan biakan mendidih. Masukkan mee dan kacau hingga Kering, masukkan tauge,telur dan kuchai kacau rata. Hidangkan


MEE GORENG KARI



MEE GORENG KARI


400gm mee kuning
100gm sawi
200gm ubi kentang,potong cube kecil dan goreng hingga masak.
100gm isi ayam
100gm udang

1 biji bawang besar,dimayang
1 biji tomato,cencang
4 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh paste bawang putih
1 sudu teh paste halia
1 cawan air
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing. Masukkan paste halia dan bawang putih.
2. Goreng hingga wangi masukkan tomato,sos tiram dan serbuk kari kacau rata dan tuangkan air.
3. Masukkan udang dan ayam biarkan air mendidih. Masukkan mee dan kacau hingga kering sedikit.
4. Last kekali masukkan sawi dan kacau rata. Goreng sebentar. Hidangkan.



LAKSA LEMAK



LAKSA LEMAK



600gm udang,buankan kulitnya
3.5 litre santan kelapa dari 2 biji kelapa.
3-4 keping asam gelugor
11/2 kg.laska basah,dicelur dengan air panas dan di-tuskan

Bahan2 kisar

35 tangkai lada kering , buangkan biji nya dan rendam
5   tangkai lada merah,buangkan biji nya.
12 biji bawang merah
2   ulas bawang putih
4   batang serai
8   biji buah keras
2cm lengkuas
50 gm udang kering
50 gm belacan

Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tabur

300gm tauge.
2 biji bawang besar
1 biji timun
2 keping fish kek,hiris nipis
60 gm daun pudina


1.Panaskan 4-5 sudu besar minyak,tumis bahan2 kisar hingga naik minyak.
2.Masukkan fish kek,santan dan asam keping. Biarkan mendidih. Keluarkan fish kek dan ketepikan.
3.Biarkan mereneh selama 10 mint dengan api yang perlahan.
4. Masukkan udang. Bila nanpak masak keluarkan udang.
5. Aturkan laksa dalam mangkuk,tuangkan kuah nya. Hiaskan dengan timun,bawang,undang,fish kek dan daun pudina.
















BIHUN KERABU



BIHUN KERABU

Ada banyak caranya untuk membuat  Bihun Kerabu. Ini ada lah cara saya.
200gm bihun,rendam sampai lembut dan di-tuskan
100gm udang
100gm isi ayam
50gm undang,kering,rendam dan tumbuk kasar
1-2 sudu besar sambal belacan,boleh ditambah kalau suka pedas.
Air asam limau nipis, secukup rasa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu makan minyak
1. Tumis sambal belacan sampai wangi masukkan udang,ayam,udang kering dan kacau rata. Masukkan air,jus limau,garam dan gula. Biarkan mendidih. Masukkan bihun dan goreng hingga masak. Ketepikan dan sejukkan.

Bahan2 untuk di gaulkan

Secukup
Timun,potong halus
Lobak merah,potong halus
Cendawan hitam,direbus sampai masak dan potong halus.
Bunga kantan,dipotong halus
Daun kesum
Duan pudina
Bawang besar,dimayang
Cilli padi,merah,hijau
Teur Rebus untuk hiasan

Gaul semua bahan2 diatas dengan bihun dan Hidangan.








BIHUN KERABU






















































































  

















1 comment:

Juadah said...

Semua gambar cantik, terang dan jelas. Makin berselera dibuatnya bila menatap keseluruhan makanan di sini. Tahniah Saudara.