Tuesday, August 14, 2012

BIRYANI UDANG

BIRYANI UDANG


2 kg udang besar,kalau suka boleh buang kulit

1/2 cawan yoghurt

7 sudu besar minyak sapi

5 biji buah tomato,cencang

2 sudu teh serbuk chilli

2 sudu teh serbuk ketumbar

1 sudu teh serbuk jintan manis

100gm daun pudina,cencang

1 tin kacang peas

200gm gajus

2 cube stock ayam,jika suka

Daun ketumbar

Garam secukup rasa


Bahan blend dengan 1/2 cawan air

4 cm halia

10 ulas bawang putih

5 tangkai chili merah

9 tangkai chili hijau

1 biji bawang besar

1 sudu besar bawang

Bahan tumis

2 batang kayu kulit manis

4 buah pelaga

4 cengkih

1 biji bawang besar,mayang


1. Panaskan minyak sapi dan masuk bahan tumis,tumis hingga naik wangi dan bawang menjadi perang

2. Masukkan bahan gilling,tomato,serbuk chili,serbuk ketumbar,serbuk jintan,yoghurt,stock ayam dan 1/2 cawan air dan kacau rata biar sampai pekat dan naik minyak. Masukkan daun pudina dan kacau rata.

3. Masukkan udang dan masak sampai udang masak,jangan masak sampai lama udang akan jadi keras. Ketepikan

NASI

1 kg beras basmati,rendan selama 1 jam,toskan

3 sudu teh minyak sapi

100gm daun pudina,cencang

100gm daun ketumbar,cencang

100gm gajus

100gm kismis

1/2 cawan yoghurt atau 2-3 sudu besar jus limau nipis

1 sudu besar serbuk biryani

2 cube stock ayam,jika suka

51/2 cawan air

Garam secukup rasa

Bahan tumis

2 bunga lawang

2 kayu kulit manis

4 buah pelaga

1. Panaskan periuk nasi elektrik atas dapur gas dan panakan minyak sapi . Masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik wangi.

2. Masukkan semua bahan2 lain dan kacau rata. Tetak periuk ke dalam bekas nya dan masak dengan elektrick sampai nasi masak.


3. Kacau nasi hingga rata. Dalam periuk lain ,ambil 2-3 senduk nasi dan ratakan di-dalam nya. Ambil udang dan letak atas nasi curakan sedikit kuah nya atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan udang. Tutup dan biarkan selama sejam baru di hidangkan.
.
















1 comment:

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Encik Rajan, terlebih dahulu terima kasih kerana kongsi resepi ini. Sememangnya resepi sebegini saya sedang cari. Just nak confirmkan pada para 3 - `Kacau nasi hingga rata. Dalam periuk lain ,ambil 2-3 senduk nasi dan ratakan di-dalam nya. Ambil udang dan letak atas nasi curakan sedikit kuah nya atas nasi. Taburkan dengan kacang peas. Buat lapis macam ini sampai habis nasi dan udang. Tutup dan biarkan selama sejam baru di hidangkan'.
Semasa proses ini, adakah nasi yang dimasukkan mesti dalam keadaan panas atau sejuk. Dan adakah periuk ini perlu diletakkan di atas api atau tidak? Bukan apa, just nak confirmkan takut tak jadi pulak. Ingat nak masak untuk hari raya haji ni. Boleh tak saya gantikan udang dengan peha daging ayam? Maaf kerana banyak bertanya ye! Mohon agar segala persoalan dapat dijawab. Terima kasih sekali lagi.