Saturday, August 11, 2012

RENDANG AYAM

RENDANG AYAM


1 ekor ayam,potong kecil2

1-2 biji tomato,cencang

1 litre santan pekat

2 sudu besar serbuk kari daging

1 cube stock ayam,jika suka

1/2 cawan minyak

Garam secukup rasa

Bahan kisar

10 tangkai cili kering ,buangkan biji dan rendam

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1cm halia

2 batang serai

1cm lengkuas

1 sudu teh biji ketumbar

1/2 sudu teh jintan manis

1/2 sudu teh jintan putih

Bahan tumis(A)

2 batang kayu kulit manis

3-4 kuntum bunga lawang

4   biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

2-3 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan tumis A hingga naik wangi, masukkan bahan kisar dan serbuk kari and tumis hingga naik naik minyak.

2. Masukkan tomato dan tumis lagi sebentar. Masukkan ayam dan santan kacau rata dan biarkan sampai masak dan kuah pekat.
.







No comments: