CHUTNEY DAUN BASIL
1 cawan kelapa parut putih
¼ cawan pottukadalai atau pun gajus
10-20 gm daun basil,nak masuk lebih sedikit lagi pun
boleh.
3 ulas bawang merah,dihiris
3 ulas bawang putih,dihiris
½ cm halia,
2-3 tangkai chilie hijau atau pun chilie padi.
1 s/m jus asam java,secukup rasa sendiri
Garam secukup rasa
2 s/m minyak
Air, bergantung jika mahu chutney pekat guna sedikit air
jika suka chutney cair tambah air.
Bahan tumis:
2 s/m minyak
1 s/t biji sawi
1 tangkai daun kari
1. Panaskan
minyak dan tumis bawang,bawang putih,halia,chilie dan kacang sampai bawang
layu.
2. Masukkan
daun basil dan kelapa kacau hingga naik panas dan wangi tuangkan jus asam java
dan garam. Tutup api dan biarkan sejuk.
3. Kisar
dengan air secukup nya sampai hachur tapi jangan sampai lumat. Tuangkan kedalam
bekas.
4. Panaskan
minyak dan tumis biji sawi dan daun kari tuangkan kedalam chutney. Boleh di
hidangkan dengan thosai,idli atau pun nasi.
No comments:
Post a Comment