BAYAM
MASAK KACANG HIJAU
½ cawan
kacang hijau tanpa kulit
4 ulas
bawang putih
2 cm
halia,tumbuk
1 s/t jintan
putih
2 cubit
serbuk kunyit
500 gm bayam
hijau atau pun merah asingkan daun dengan batang, potong.
1 biji
tomato,dicencang
1 cawan
santan pekat
1 s/t serbuk
jintan putih
Garam
secukup rasa
Bahan
tumis:
1 biji
bawang besar,dihiris halus
1 s/t biji
sawi
1 s/t
ulutham parupu
3 tangkai
chilie merah atau pun lada kering
2 s/m minyak
1.
½
cawan kacang hijau tanpa kulit di rebus hingga embuk dengan 5 cawan air,1 s/t
jintan putih,4 ulas bawang putih, 2 cm halia tumbuk dan 2 cubit serbuk kunyit.
Bila kacang sudah betul2 empuk.
2.
Masukkan
santan,serbuk jintan putih,batang bayam dan tomato kacau masak hingga batang
empuk. Masuk daun bayam dan kacau rata.
3.
Dalam
kuali lain panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang tuangkan ke dalam bayam dan kacau rata masuk
garam dan masak hingga bayam masak.
Nota: Saya ambil gambar di atas semasa saya tuang bahan tumis itu
yang bayam nampak hijau jer sahaja nak bagi nampak cantik gambar jer hehe. Tapi bila
dia betul masak dia menjadi macam gambar dia bawa ini. Bayam boleh di ganti dengan sayur lain macam sawi atau pun kangkung.
No comments:
Post a Comment