Thursday, November 5, 2015

RENDANG AYAM ALA INDIA



RENDANG AYAM ALA INDIA

1 ekor ayam,dibuang kulit dan potong kecil2 gaul dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan

2 cawan santan pekat

1/3 cawan minyak

200 gm tomato,dicencang

1 cube stock ayam,jika suka

1 s/t serbuk garam masala

2 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

Garam secukup rasa

2-3 tangkai daun kari

Bahan kisar

21 tangkai chili kering,buang biji dan rendam.

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

2 cm halia

2 cm lengkuas

4 batang serai

5 biji gajus

1 s/t serbuk kunyit

1 s/m serbuk ketumbar

1 s/m serbuk chili

2 s/m kelapa parut

Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air hingga lumat.

1.    Panaskan minyak dan masuk kayu manis dan bunga lawang. Masuk bahan kisar tumis hingga naik minyak. Masuk tomato, serbuk garam masala dan daun kari tumis lagi hingga sebati.

2.    Masukkan ayam dan kacau rata tuangkan santan, masuk stock ayam jika guna dan sedikit garam. kacau rata dan biarkan mereneh dan masak hingga pekat. Kalau berminyak sangat boleh di buang sedikit lepas masak.





No comments: