Friday, December 29, 2017

NASI KELAPA



NASI KELAPA

1 cawan beras basmathi panjang,direndam ½ jam,tuskan

2 cawan santan pekat

50 gm bawang kecil,ditumbuk

20 gm halia,ditumbuk

½ s/t halba

1 tangkai daun kari

1 s/t garam

1 s/m gula

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan rice cooker hingga masak. Ketepikan

¼ cawan kacang tahan,digoreng,ketepikan

¾ cawan kelapa parut putih

2 tangkai chilie kering,dipotong

1 s/t biji sawi

1 s/t ulutham paruppu

1 s/t kadalai paruppu

1 tangkai daun kari

¼ s/t serbuk asafoetida

2 s/m minyak atau pun ghee

1.    Panaskan minyak dan tumis biji sawi,ulutham paruppu,kadalai paruppu,chilie dan daun kari hingga naik wangi.

2.    Masukkan serbuk asafoetida dan kacau rata masukkan kelapa dan goreng hingga naik wangi.

3.    Masukkan nasi dan kacang dan kacau hingga sebati. Tutup api dan hidangkan dengan sambal ikan bilis atau pun apa sambal. Saya suka makan dengan ubi kentang masak masala dan papadam.






No comments: